/*

31 Aug 2013

Random Giveaway by FD

KLIK BANNER ^,^

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Aku nak pilih hadiah :-

1- Coklat & teddy bear : Nak bagi kat *ehem-ehem* hahaha
2- MP3 : nak guna utk diri sendiri yep .

Tamat: 1 September 2013, 10 malam

30 Aug 2013

Soalan Ramalan UPSR 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Memandangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2013 makin hampir, aku ingin berkongsi Soalan Ramalan UPSR untuk semua subjek. Soalan ramalan ini berdasarkan semua negeri dan soalan Percubaan UPSR. Mengikut pengalaman aku semasa aku darjah 6 , soalan percubaan juga ada keluar dalam UPSR ini. Jadi, apa tunggu lagi. Jom download semua soalan percubaan ini :)

Suasana di dewan ketika menjalani ujian.

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN UPSR 2013UPSR  
Download Soalan UPSR Negeri Perak 2013 di SINI
Download Soalan UPSR Negeri Pahang 2013 di SINI
Download Soalan UPSR Negeri Johor 2013 di SINI
Download Soalan UPSR Pulau Pinang 2013 di SINI
Download Soalan UPSR Kelantan 2013 di SINI 

Salah Blogger ke?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Dah lame aku berhenti menaip di blog ini lepas raya ni. Mood raya mana ade mood nak menaip ni kann. Idea banyak tapi disebabkan sikap malas menguasai diriku. Hehehe.. Aku sempat gak tukar template nih. Semad tak template aku? Mesti lah kann :p


Entry kali ini memang agak panas lah sikit. Salah Blogger ke? aku bagi tajuk untuk entry ini. Aku bersetuju dengan  entry Blogger Dipersalahkan Kerana KL Gangster 2 oleh Blogger Hasrul Hassan. Memang tidak adil tindakan Pengarah Filem itu.


Salah satu babak filem KL GANGSTER 2

Memang betul blogger juga silapnya. Tapi kalau tidak kerana seseorang yang membocorkan cerita ini , mungkin blogger tidak akan menyebarkan Filem KL GANGSTER 2 ini. Pihak produksi harus menyiasat siapa dalangnya. 


Semalam, aku ade belek belek Google ni. Penuh link link download yang dishare. Ada juga terdetik dalam hati hendak download cerita ni. Tapi bila difikir balik aku tak jadi nak download. Kenapa? Sebab ini ialah cerita cetak rompak. Mesti laa haram punya. So, aku ambik jalan untuk download cerita ni lepas 3 or 4 week after cerita ni di pawagam. Nak pegi pawagam , Kelantan takde. 


Walaupun tragedi ini berlaku, aku rasa mesti pecah punya panggung Oktober ini. Percaya lah. Tengok di Laptop/PC tak menarik. Di panggung baru gempak, dengan besarnya dan bunyinya. Best wooo. Diharapkan lepas ni, pengarah filem berhati hati dengan perompak filem ni. Semoga Pengarah KL GANGSTER 2 bersabar dna terus tabah. Mungkin ada hikmahnya disebalik kejadian ini.

18 Aug 2013

Hanya iringan DOA sahaja dapat ku lakukan :'(

Gaza Under Attack
Entri diambil oleh Blog Tuan Denaihati dan diolah oleh aku.
Versi 1 : Palestin , GAZA
Dunia kini akhir zaman. Semua arahan Allah dilanggar hambanya. Ini lah salah satu tanda tanda hari kiamat atau hari pembalasan kian dekat dengan kita. Kezaliman Israel amat kejam dan zalim sekali terhadap saudara kami. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saudara kami disana.

Segelintir manusia zaman sekarang, tidak menghiraukan apa yang berlaku kepada saudara seISLAM diROGOL,diCINCANG,diBAKAR. Semoga Allah membuka hati mereka yang boleh dikatakan zalim. 

Doa untuk Rakyat Palestin yang berada dalam kekejaman Israel Laknatullah : 

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke Syurga (3x).
Ya Allah hukumlah Isr4el (3x).

Dengan dunia akhir zaman, kezaliman Isr4el selama ini kepada agamamu, kepada saudara kami kepada negeri saudara kami ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui tentang hal saudara kami.
Kami hambamu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini.
Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai saudara kami.

Kami hamba-hambamu ya Allah, datang dari jauh dekat berkumpul di malam yang berkat.
Ya Allah ampuni dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami (3x).


Janganlah kau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambamu.
Sekiranya Kamu ampunkan dosa kami, Kamu Tuhan Pengampun lagi Maha penyayang penuh kasih sayang, Ya Allah kuatkan iman kami, murahkan rezeki, amankan rumah tangga, negeri dan negara kami, cemerlangkan anak-anak kami.
Anak-anak kami adalah amanah darimu Ya Allah, berilah mereka berjaya dunia dan akhirat nanti, berilah mereka berjaya untuk menolong sunnah Nabi Muhamad SAW.


Ya Allah hukumlah Isr4el, Ya Allah hukumkan Isr4el.
KO Isr4el, KO Isr4el, Isr4el KO, KO Isr4el, Isr4el KO dalam peperangan ini Ya Allah. Mudah-mudahan perjuangan saudara kami di Gaza dipermudahkan dengan pertolonganmu Ya Allah.


Kalaulah kamu Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu telah izinkan kepada bumi Mu telan Qarun … Ya Allah, Kamu telah melaknat Namrud …. Dan begitu juga Abu Lahab .. Maka sungguh mudah untuk Kamu bagi menjahanamkan Isr4el dalam peperangan ini.
Tidak larat kami nak melihat anak-anak saudara kami di Gaza dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah … Ragut, Rogol, Bakar, Cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habis negara saudara kami dimusnahkan oleh Isr4el … Gaza dah habis Ya Allah … Tebing Barat Ya Allah rapat ke pagar Ya Allah ..


HANCUR ISR4EL, TUMBANG ISR4EL (3x)

Versi 2 : Mesir
Berbeza yang berlaku di Bumi Mesir. Umat Islam di Mesir juga dibunuh, dipenggal kepala hidup hidup dan bermacam lagi tentera syaitan yang berupa manusia yang lakukan kepada Umat Islam. Umat Islam disana menegakkan Islam di negara mereka. 

Perkara ini berlaku kerana pergolakan politik di negara mereka. Manusia yang tidak berperikemanusiaan membuang Presiden Mesir mereka iaitu Dr Mursi. Jadi, rakyat Mesir membuat demonstrasi besar besaran. Perkara ini juga ada berkait dengan Syiah iaitu ajaran sesat. Entah pape je ajaran tu. Moga dijauhkan dengan anasir anasir yang macam tu. 

Sedikit info tentang Syiah :-
Syiah (شيعة Syi'aṯ) ialah mazhab kedua terbesar dalam Islam selain daripada Sunni. Muslim Syi'ah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka.[1] Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama malah sebahagian mereka menghina para Khulafa'Ar-Rasyidin yang merupakan sahabat Rasulullah S.A.W ini [2]seperti juga Sunni menolak Imam Syi'ah. Bentuk tunggal dari Syi'ah adalah Shī`ī (Bahasa Arab: شيعي.) menunjuk kepada pengikut dari Ahlul Bait dan Imam Ali. Tetapi Ali bin Abi Talib dan para Ahlul Bait sendiri telah menolak kepercayaan Syi'ah dan menyatakan mereka sebagai kafir.[perlu rujukan] Kebanyakan Sunni Islam mengatakan bahawa Mahzab Syiah merupakan satu kefahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam kerana fahaman ini mendakwa bahawa Ali iaitu sepupu Rasulullah sepatutnya menjadi khalifah selepas kewafatan Baginda, dan bukannya Abu Bakar.[3][4]  -Dari Wikipedia

Aku berdoa agar kedua kedua negara ini selamat. #PrayForGaza #PrayForMesir

7 Aug 2013

TONTON ONLINE - SETIA HUJUNG NYAWA 2 (RAYA)


Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Di Aidilfitri ini, TV3 menyajikan banyak cerita cerita yang 'SYOK' gituuu. Antaranya ialah Setia Hujung Nyawa 2 atau Setia Hujung Nyawa Raya. Banyak lagi cerita @ filem yang diterbitkan oleh TV3 pada Aidilfitri kali ini. Untuk melihat lebih lanjut tentang program di TV3 KLIK SINI!. Drama bersiri yang mencetuskan fenomena pada awal tahun ini. Serius mencetuskan fenomena woii ! Sana sini semua cerita tentang Setia Hujung Nyawa nih. Panas telinga aku dengaq. Maklumlah aku bukan peminat setia Drama. Aku pilih2 je Drama yang aku nak tengok.

Telefiem SHN yang menampilkan semula lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini akan mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.

TONTON ONLINE - SETIA HUJUNG NYAWA RAYA
El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.

Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya. Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya. Dan krisis pun bermula.

Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.

Jangan ketinggalan menyaksikan Setia Hujung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.15 malam hanya di TV3.

6 Aug 2013

Trafik Terkini di seluruh Malaysia

Trafik Terkini di Seluruh Malaysia
Sempena Raya kali ini, mesti ramai yang akan pulang ke kampung. Jadi, aku ingin berkongsi Trafik Terkini di Malaysia. Perkara ini memudahkan anak perantau pulang ke kampung Halaman. 





Anda boleh mengikuti Twitter Rasmi Lembaga Lebuhraya untuk lihat Trafik Terikini di Malaysia . Anda juga boleh check trafik Terkini di Seluruh Jalan Raya di Malaysia dengan melawati website Lembaga Lebuhraya Malaysia - http://www.llm.gov.my/maklumat_trafik_terkini.aspx <--- (KLIK)

Filem, Telefilem dan Rancangan Menarik sempena Syawal 2013

KLIK SINI untuk melihat dengan lebih dekat
Rancangan menarik di TV3 sempena Adilfitri ini. Memang begitu menarik sekali TV3 menyajikan rancangan untuk kita semua! Jangan ketinggalan semua. 




Link Telefilem Raya bagi yang terlepas :-

5 Aug 2013

Cara Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ramadhan kian pergi dan Syawal akan datang. Bulan Pesta Beribadah semakin pergi. Entah jumpa atau tidak pada tahun depan..

Okay, aku nak kongsi Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri kepada korang semua. Maklumlah raya 2 tahun sekali je. Mane tau korang semua tak ingat Niat Solat Suna Aidilfitri ke cara nak solat ke kan? Ilmu ni harus dikongsi. Jangan belajar sengsorang je. Hihihi :3 Artikel ni aku copy dan edit serba sedikit dari SINI.

***************************************************************

Sebelum menunaikan solat hari raya kita disunatkan mandi Hari Raya:

NIAT MANDI SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI

Lafaz Niatnya:
نويت الغسل لعيد الفطر سنة لله تعلى
NAWAITUL GHUSLA LI I’DIL FITRI SUNNATALLILAHI TAA’LA
“Sahaja aku mandi sunat hari raya fitri kerana Allah S.W.T. Taa’la”.

Antara perkara sunat hari raya Aidilfitri adalah seperti berikut :
- Mandi Sunat Hari Raya
- Pakai pakaian yang terbaik
- Makan sedikit sebelum keluar ke masjid
- Menunaikan solat sunat Aidilfitri
- Mendengar khutbah raya
- Pergi balik masjid melalui jalan berbeza
- Mengucapkan ucapan hari raya

HUKUM MENGERJAKAN / MENUNAIKAN SOLAT HARI RAYA

Solat Hari Raya Aidil Fitri hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.


NIAT SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ  رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak'ataini makmuman lillahi ta'ala.

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala.


Cara/Panduan Solat Hari Raya

Rakaat pertama : Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun. 

Rakaat kedua : Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] ) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.

Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

-takbir raya dalam rumi 
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila . La illaha il Allah sadaqa wa’dah ,wa nasara abda, wa a’azza jundahu wa hazamal-ahzaaba wahdah ,La illaha il Allah ,wa laa na’budu illa iyyah,mukhlessena lahud-deena ,walaw karehal-Kafeeroon.Allahumma salli ala sayyedna Muhammad ,wa ala aalie sayyedna Muhammad, wa ala as-haabie sayyedna Muhammad ,wa ala ansari sayyedna Muhammad , wa ala azwajie sayyedna Muhammad, wa ala dhurreyatie sayyedna Muhammad, wa sallim tasleeman katheer



Mulut Galah : Harap info ini bermanfaat kepada semua. :)

4 Aug 2013

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA MENURUT AS-SUNNAH

Adab Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Ramai yang bergembira di hari raya . Tetapi, ramai juga yang bersedih di hari raya. Sebernarnya Bulan Ramadhan lebih baik daripada Bulan Syawal. Banyak fadhilatnya yang dikurniakan oleh Allah di bulan Ramadhan ini. 

Pejam celik, celik pejam, kita sudah berada di penghujung bulan Ramadhan. Tentu sekali ramai ahli keluarga, sanak saudara pulang berhari raya di kampung. Jalan pun dah jem sekarang ni. Nak pi beli barang pun kene merentasi jem jem tu. Huhh ==' 

******************************************

Dalam kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita tidak sedar bahawa kita ada Adab Menyambut Hari Raya. Adab ini perlu kita ketahui. Aku rasa ramai yang tidak tahu tentang adab - adab menyambut hari raya ini

Antara adab adab menyambut hari raya ialah :-

1. BERPAKAIAN YANG TERBAIK

Untuk melakukan amalan yang secucuk dengan As-Sunnah di dalam menyambut hari raya ini hendaklah kita berpandukan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kita mulakan dengan menyediakan pakaian yang bagus atau terbaik menurut kemampuan kita.

2. MEMAKAI BAU-BAUAN BAGI LELAKI
Sebahagian ulama menyatakan baik bagi kaum lelaki memakai bau-bauan pada hari raya dengan mengqiyaskan dari hadits yang banyak dan sah tentang persedian untuk ke solat Jumaat dan hadits yang bersangkutan wangian yang umum


3. MAKAN DULU SEBELUM SOLAT IE'DIL FITHRI

Adalah disunnahkan kita makan terlebih dahulu sebelum hadir menunaikan solat Ie'dil Fithri dan menangguhkan makan pada sebelah pagi solat Ie'dil Adha sampai kembali dari solatnya. 

4. BERJALAN KAKI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA

Adalah disunnahkan berjalan kaki ke tempat solat.


##############################################

Aku harap perkongsian aku tentang Adab Menyambut Hari Raya ini mendapat manfaat kepada semua muslimin dan muslimat !

Mulut Galah Panjang : Sekejap sahaja masa berlalu. Ramadhan pergi tanpa minta izin :'( Huhuhuhu