/*

4 Aug 2013

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA MENURUT AS-SUNNAH

Adab Menyambut Hari Raya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !

Ramai yang bergembira di hari raya . Tetapi, ramai juga yang bersedih di hari raya. Sebernarnya Bulan Ramadhan lebih baik daripada Bulan Syawal. Banyak fadhilatnya yang dikurniakan oleh Allah di bulan Ramadhan ini. 

Pejam celik, celik pejam, kita sudah berada di penghujung bulan Ramadhan. Tentu sekali ramai ahli keluarga, sanak saudara pulang berhari raya di kampung. Jalan pun dah jem sekarang ni. Nak pi beli barang pun kene merentasi jem jem tu. Huhh ==' 

******************************************

Dalam kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita tidak sedar bahawa kita ada Adab Menyambut Hari Raya. Adab ini perlu kita ketahui. Aku rasa ramai yang tidak tahu tentang adab - adab menyambut hari raya ini

Antara adab adab menyambut hari raya ialah :-

1. BERPAKAIAN YANG TERBAIK

Untuk melakukan amalan yang secucuk dengan As-Sunnah di dalam menyambut hari raya ini hendaklah kita berpandukan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Kita mulakan dengan menyediakan pakaian yang bagus atau terbaik menurut kemampuan kita.

2. MEMAKAI BAU-BAUAN BAGI LELAKI
Sebahagian ulama menyatakan baik bagi kaum lelaki memakai bau-bauan pada hari raya dengan mengqiyaskan dari hadits yang banyak dan sah tentang persedian untuk ke solat Jumaat dan hadits yang bersangkutan wangian yang umum


3. MAKAN DULU SEBELUM SOLAT IE'DIL FITHRI

Adalah disunnahkan kita makan terlebih dahulu sebelum hadir menunaikan solat Ie'dil Fithri dan menangguhkan makan pada sebelah pagi solat Ie'dil Adha sampai kembali dari solatnya. 

4. BERJALAN KAKI KE TEMPAT SOLAT HARI RAYA

Adalah disunnahkan berjalan kaki ke tempat solat.


##############################################

Aku harap perkongsian aku tentang Adab Menyambut Hari Raya ini mendapat manfaat kepada semua muslimin dan muslimat !

Mulut Galah Panjang : Sekejap sahaja masa berlalu. Ramadhan pergi tanpa minta izin :'( Huhuhuhu

No comments:

Post a Comment