/*

25 Sep 2013

Pantang Larang Penyakit Chicken Pox,Cacar Air,Deman Campak,Bertih

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Pantang Larang Penyakit Chicken Pox,Cacar Air,Deman Campak,Bertih
Sudah lama aku tidak munculkan diri ke dalam blog aku ni. Ini angkara penyakit Ayam tu laa. Kecik-kecik tak nak naik , masa tua merana lah aku. Dalam adik beradik aku, aku lah orang yang pertama pernah naik. Actually, kakak aku dah penah naek tapi tak banyak laa. Dalam 5 , 6 butir je. Mungkin risiko naik kalu kedua tu tinggi :-) 

Pantang Larang Penyakit Chicken Pox,Cacar Air,Deman Campak,Bertih
  1. jangan menggoreng ketika pesakit chicken pox berada di dalam rumah . nanti minyak yang meletop2 tu ibarat meletopkan bintik-bintik chicken pox  !
  2. jangan makan kicap ! kalau berparut akan menyebabkan kaler hitam tak boleh hilang .
  3. jangan kene hujan . ini paling pantang yek ? sebab boleh menyebabkan kesan parut yang berlekuk ataupun boleh menyeman aka meroyan :p
  4. jangan makan telur atau seafood iaitu makanan yang boleh menyumbang ke arah kegatalan
  5. jangan garu atau usik-usik bintik-bintik chicken pox nanti tinggalkan bekas dan parut
  6. minum air kelape untuk keluarkan semua chicken pox . untuk elakkan kena chicken pox kali kedua.
  7. kerap mandi . ekcili petua orang dulu-dulu cakap jangan mandi kan ? tapi jangan ikut sebab itu virus dan mesti mandi dengan sabun yang doc bagi. jangan pakai sabun biasa.
Pemakanan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom penyakit.Antara diet yang patut diamalkan semasa terkena penyakit ini ialah:
  1. kurangkan pengambilan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren kerana buah-buahan ini mempunyai kandungan asid yang tinggi dan boleh menerukkan ruam dan kegatalan badan.
  2. banyakkan meminum air kerana ia dapat membantu mengawal demam dan menyingkirkan toksin badan.
  3. tingkatkan pengambilan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan mineral yang penting dalam mengurangkan pembentukan ruam dan jangkitan. pengambilan karot amat digalakkan semasa terkena penyakit ini kerana ia terbukti membantu memulihkan pesakit daripada chicken pox.
  4.  jangan sesekali mengambil makanan rapu, makanan berminyak dan makanan bergula kerana kesemua makanan ini boleh menerukkan pembentukan ruam

Semua pantang larang ni ada aku ikut dan ade aku langgar . Hehehe. Tak tahan nengok makanan weyy . Tambah - tambah ayam. Tapi telur dan seafood aku tak pernah makan lagi. Takut arghhh gatal ni. Tak tidur malam jawabnya kalau aku makan . Sekarang ni pun masih belum sembuh lagi ni.  Tapi nak kering dah chicken pox tu. Harap sembuh lah :-)

No comments:

Post a Comment