/*

4 Sep 2013

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

RUMAH MESRA RAKYAT
Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

KELAYAKAN PEMOHON
  • Warganegara Malaysia.

  • Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.

  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.

  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.

  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
  • Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
REKABENTUK
Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang berkeluasan di antara 700 kps sehingga 866 kps mempunyai 3 bilik tidur serta 2 bilik air di mana s atu pertiga (1/3) daripada kos pembinaan dibiayai Kerajaan Persekutuan manakala pemohon hanya perlu membayar dua pertiga (2/3) berdasarkan konsep Qadr ul - Hassan.

 











Entry diatas diambil oleh sumber sumber yang boleh dipercayai dan diolah oleh aku.

1 comment:

  1. kerajaan dah tolong mcm2 rakyat... itu pun ramai taktahu nak bersyukur/,,

    btw, teringin nak mintak satu rumah ni^^

    ReplyDelete