/*

8 Oct 2013

Terseksanya Seorang Khunsa (Hukum Khunsa ingin berkahwin)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Harini aku tak sekolah. Sebab.. Sebab.. Kena gantung sekolah. Tapi, aku nak ucapkan terima kasih juga kepada cikgu aku kerana bagi cuti 2 hari. Boleh aku lepaskan stress dengan PBS. Actually, duk kat umah pun bosan gak. Parents pi kerja . So, duk sorang je lha layan TV ngan Fesbuk. 


KHUNSA TERSEKSA !
Idea aku untuk membuat entry tentang Khunsa ini bukanlah sebab aku yang khunsa or kenalan aku yang khunsa. Aku tak pernah lagi menemui orang khunsa ni. 
Tapi idea ini datang apabila aku melihat Mak Datin ni post mengenainya di facebook .



Mengikut komen itu, ada yang mengatakan sedap ada dua dua . Ada dua pun, salah satu je berfungsi. Lagipun rupanya bukan sama dengan yang normal. Aku tahu ni pun search google. Nasib baik ada yang kongsikan gambar . 

Disebabkan aku nak tahu apa yang terseksa orang Khunsa ni . Aku pun terus bukak Astro Oasis tadi dan terus schedule kan cerita tu. Alhamdulillah dapat tengok. Memang terseksa rasanya. Mengikut cerita tu , perempuan yang khunsa itu tak boleh mengandung. Memang sadis lah sebab mana ada ibu yang tak nak anak kan?

Hukum Si Khunsa ingin Berkahwin                      (sumber)
        Sebenarnya lafaz ‘khunsa’ ini telah dibahaskan oleh para ulamak Islam. Kebanyakan masyarakat ada yang tersalah tafsir penggunaan khunsa yang ditujukan kepada golongan lelaki khususnya. Pada dasarnya Allah S.W.T. menciptakan manusi ini dalam 2 jenis sahaja, ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T. dalam surah Hujurat ayat 13 yang bermaksud:



        “Wahai manusia, Kami menciptakan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan”

Dewasa kini, kita dapati terdapat sesetengah daripada golongan lelaki berperwatakan wanita padahal pada asalnya dia seorang lelaki. Banyak gelaran dan ejekan yang dilontarkan seperti pondan, mak nyah, bapok dan banyak lagi. Sebenarnya tidak semua lelaki lembut boleh kita ‘cop’ khunsa sewenang-wenangnya. Keputusan perbahasan ulamak wujudnya perbedaan antara lafaz ‘khunsa’ dan ‘takhannuth’.

Dari segi bahasa khunsa ini berasal daripada perkataan خنث yang bermaksud lemah-lembut. Manakala daripada segi istilah seorang yang ada 2 alat kelamin (kelamin lelaki dan perempuan) atau mempunyai salah satu daripada 2 alat sulit tersebut tetapi ada lubang untuk keluar air kencing.
(Al-Mawardi, Al-Hawi al-kabir, jil.8, hlmn. 168; Wahbah al-zuhaili, al-Fiqh al-islami wa adillatuhu, jil. 8, hlmn. 426)

Manakala lelaki yang berperwatakan wanita disebut ‘al-mukhannath’. Di bawah TK perincikan pembahagian ‘al-Mukhannath’.

1.  Menurut Imam Nawawi, Orang yang mempunyai sifat kewanitaan sejak daripada lahir, maka tiada dosa baginya kerana itu bukan atas kehendaknya, namun dia hendaklah berusaha berubah kepada perwatakan lelaki. Selaras dengan pendapat Ibn Hajar dalam Fath al-Bari.

2.  Orang yang lelaki tapi sengaja menyerupai sifat wanita. Ada juga yang tidak menyerupai wanita tetapi melakukan homoseksual. Orang ini termasuk dalam laknat Rasulullah S.A.W.

Daripada keterangan ini menjelaskan bahawa golongan ‘al-Mukhannath’ tiada masalah dalam bab pernikahan kerana amat jelas statusnya adalah lelaki. Cuma samada berfungsi dengan baik atau tidak.

        Kembali kepada perbahasan kita. Jadi, Boleh atau Tidak khunsa berkahwin?... Penentuan hukum berkaitan ini dibuat mengikut kepada ketetapan status ‘jantina’ mereka. Pakar perubatan hendaklah mengesahkan samaada status mereka lelaki atau perempuan. Selepas dipastikan maka mereka boleh menjalankan perkahwinan seperti biasa jika keputusannya lelaki. Inilah fatwa al-Azhar, Sheikh Ali Jadul Haq.

        Mengikut pendapat Sheikh Hasanain Muhammad Makhluf, fatwa darul Ifta’, khunsa terbahagi kepada dua:

1.  Khunsa Musykil (khunsa yang sukar ditentukan status jantinanya)
-Mereka kebiasaannya telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. mempunyai kedua-dua alat kelamin. Kedua-dua alat tersebut sama-sama dominan. Dalam masalah ini ulamak berbeza pendapat, maka pergilah ke peringkat yang lebih tinggi untuk mengesahkan seperti pakar perubatan, mahkamah syariah atau jabatan mufti.

2.  Khunsa Ghairu Musykil (khunsa yang mudah ditentukan status jantinanya)
-Menentukan status jantina golongan ini ulamak menjelaskan cara-caranya, walaupun tiada kesepakatan ulamak dalam bab ini. Sila lihat bagaimana hendak menentukan khunsa ghairu musykil.

Secara kesimpulannya dapat kita simpulkan bahawa khunsa boleh berkahwin setelah mendapat keputusan dan kepastian daripada pihak pakar tentang status jantinanya. Jika setelah beberapa tahun berkahwin khunsa tersebut tidak dapat memenuhi kehendak seksual isterinya (kerana sifat tabiinya adalah perempuan). Pada waktu ini, isteri boleh memfailkan pembubaran perkahwinan kepada pendaftar perkahwinan. Itu pun sekiranya si suami tidak mahu melepaskan isteri secara rela…Wallahua’lam..


3 comments:

  1. kalau betul caranya tak susah pun

    ReplyDelete
  2. @Blogger Lelaki > Yup :) Tapi kita sebagai yang normal nampak susah laa sikit ^^

    ReplyDelete