/*

18 Nov 2013

Jangan Lambung dan Goncang Bayi Anda !!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

http://lh3.ggpht.com/-kHL8rhYrnGg/UGkd7aGocFI/AAAAAAAAo3s/q3ruGJOxNqQ/lambung_thumb.jpg?imgmax=800 

Sejak dulu lagi lambung bayi ini dah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa untuk bergurau dengan anak anak. Memang boleh bergurau tetapi ada hadnya. Janganlah hendak bergurau sampai menjejaskan kesihatan bayi anda.

Ibu bapa perlu mengambil perhatian tentang perkara ini. Kalau tidak ibu bapa , pasti ada adik beradik yang ingin lambung bayi. Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu menasihati mereka demi kesihatan bayi.


KESAN LAMBUNG BAYI

Ini perkongsian dari Blogger Innanie Ariffin.

Selain itu, kesan melambung atau menggoncang bayi boleh menyebabkan SBS. SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

Cara mencegah Penyakit SBS 

Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
Minta bantuan orang lain.
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.

2 comments:

  1. good info..pasni kena kurangkn lambung anak ni..hehe

    ReplyDelete
  2. JMR ; Bukan kurangkan. Terus berhenti, Hehehe :D

    ReplyDelete