/*

28 Nov 2013

Most Awesome River Island Style For SGP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

River Island kini di www.Zalora.com.my . Tak tahu River Island ni apa? Haaa . Meh aku nak cerita.  River Island adalah salah sebuah nama besar di dalam industry fesyen yang bukan sahaja telah menempa nama di United Kingdom, malah telah melebarkan legasinya ke Ireland, Timur Tengah, Asia dan serata Eropah. Mereka menghasilkan penampilan yang unik bagi setiap koleksi dengan harga yang rendah! Macam macam fesyen ada. Aku felt in love dengan beberapa style River Island ni. *cehhh*

Antaranya ialah ;

 
 Tattoo Print Boxer 

Memandangkan aku ni peminat setia Boxer , Boxer ni wajib aku pakai di mana mana aku berada. Bak kata pepatah , aku ngan boxer ni macam isi dengan kuku. Hahaha. Bila first time aku ke Zalora dan menjenguk fesyen River Island , mata aku tertumpu kepada boxer ni. Aku rasa boxer ni memang unik sebab ada tattoo dicetak di boxer ni. Tak pernah lagi aku terjumpa sepanjang aku hidup boxer macam ni. Second thing membuatkan aku tertarik dengan boxer ni kerana , harganya amat murah!!!! RM129.00 RM64.50 sahaja. Jenguk sini berminat dengan boxer ni - www.Zalora.com.my


 
 Grey Marl Zip Through Hoodie 

Di musim sejuk ni, Hoodie ni memang diperlukan kepada setiap manusia melainkan manusia itu 'tak pernah berasa sejuk' hehehe. Bagi aku lah, Hoodie ini juga boleh digayakan untuk keluar bersama awek kerana hoodie ni nampak menarik dan sesuai untuk digayakan diluar. Selain itu, aku sangat suka dengan style macam ni kerana ... ia merupakan warna KELABU ! Antara warna yang aku minati. Yeayyyy ! Sesiapa berminat boleh jengik di sini - http://www.Zalora.com.my/

 
 Grey Contrast Panel Canvas Plimsolls 

Lagi lagi Grey , lagi Kelabu . Kan aku dah cakap aku peminat setia KERABU KELABU. Kasut Canvas juga antara yang aku minati sejak kecil lagi. Bahagian dalam kasut ni berpad manakala bahagian luar dari bahan getah. Ini membuatkan aku dan juga anda selesa untuk memakai kasut yang direka khas oleh River Island. Warnanya juga begitu menarik kerana bukan sahaja warna Grey yang ada pada kasut. Ianya ada warna Biru dan Putih. Menarik bukan? Jika berminat boleh tengok sini - http://www.Zalora.com.my

 
 Grey Metal Aviator Sunglasses

Tidak macho bagi seorang lelaki kalau tiada Sunglasses. Lagi lagi kalau spek mata hitam yag direka khas oleh River Island. Memang sesuai sekali untuk lelaki yang macho. Hehhee . Antara ciri ciri Sunglasses ini ialah 
Panjang bingkai x Tinggi bingkai
- (5.5” x 1.8”)
- Bingkai diperbuat daripada bahan berasaskan logam
- Dengan kemasan kecerunan kanta kelabu
- Rekaan kemasan tangkai tirus dengan hujung melengkung bagi tujuan keselamatan
 Berminat dengan kaca mata ini? Jenguk sini - http://www.Zalora.com.my
 
 
Empat pilihan aku yang aku berminat dengan rekaan River Island ini. Actually, banyak lagi yang anda boleh lihat rekaan River Island ini. Anda boleh tengok di website www.zalora.com.my . Selamat Membeli Belah dengan rekaan River Island di Zalora!

1 comment:

  1. wah,,, mmg best your choices aiman weh,,, jangan letak banyak sangat backlink tu,, satu je cukup la,, tak bagus untuk seo :)

    ReplyDelete