/*

14 Nov 2013

TERKINI : Kejadian Tembakan Di Pengkalan Petah , Bachok , Kelantan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

RM200 Sehari tanpa Modal --> KLIK



Kredit : Pemilik Gambar

Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga.

Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

4 comments:

  1. Hai,

    regarding ur comment dekat entry sy tu, nampak sangat main komen je tak baca entry kan? Hehe..belum ada pemenang la utk top commentator bulan november tu. saja je printscreen list commentator buat masa skrg, hujung bulan baru tahu sape pemenang :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh..sekarang main tembak jerkan...dah xde talian hayat...

    ReplyDelete
  3. menjadi jadi pulak kes tembak ni..so scary! mohon dijauhkan dari kemalangan ni.

    ReplyDelete
  4. pergh... memang menakutkan la sejak dua menjak ni...

    ReplyDelete