/*

20 Nov 2013

Tips Rumah Tangga - Mencari kebahagiaan hidup bersama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Tips Rumah Tangga 

Setiap suami isteri pasti inginkan kebahagiaan dalam berumah tangga. Tanpa bahagia , sesebuah rumah tangga itu akan musnah! Amat perit sekali suami/isteri jika hidup dengan bergaduh , bertengkar dan sebagainya. Jelas sekali Tuan Denaihati dan isteri seorang yang tabah dengan dugaan. Nak tahu ? KLIK SINI 

Keluarga yang bahagia idaman setiap pasangan. Suami mahupun isteri harus bekrjasama untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang sangat bahagia. Mengikut kajian, setiap hari pasti ada penceraian yang berlaku. MasyaAllah :'(



Pada kali ini, aku akan berkongsi sedikit tips rumah tangga bahagia. Semoga tips ini bermanfaat kepada semua pembaca www.AimanAziz.com

Tips Rumah Tangga Bahagia :
1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
Aktiviti ini harus dilakukan bersama pasangan. Lebih elok jika tidak bersama anak - anak kerana anda akan berasa kekok. Lakukan aktiviti ini di tempat tempat yang menarik.

2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayangakan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
Ini harus dipratikkan selalu. Kalau kali pertama lakukan ini memang akan berasa janggal. Lama-lama , InsyaAllah akan jadi lebih selesa,

3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
Yang ini tersangatlah penting kerana jika mulut atau badan anda berbau, pasti pasangan rasa tidak selesa untuk bercakap dan bersama. 

4. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
Isteri harus mengambil berat tentang perkara ini. Tidak lupa juga suami. Lagi menarik kalau explore tentang fesyen bersama.

5. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.


6. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.

Para suami ingat ni! Jangan ingat nak main sahaja. Hehhee

7. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).

8. Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.

Suami harus belajar dengan orang yang lebih berpengalaman untuk lebih mesra dengan mentua.

9. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.(fikirkan)

10. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.

Isteri kena banyak sibukkan diri di rumah sahaja. 

Sumber dari Sini dan diolah balik oleh www.AimanAziz.com

Sepuluh tips aku berikan ini sudah memadai. Anda harus bijak mencari ruang untuk bersama pasangan seperti Tuan Denaihati. Walaupun banyak dugaan yang menimpa, beliau tetap bersabar dan teruskan hidup. Sekarang, sudah 25 Tahun berumah tangga tetapi romantik tetap ada dalam diri bersama pasangan.

Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada yang MAHA ESA supaya dikurniakan kebahagian dalam berumah tangga. Aku doakan yang terbaik kepada yang sudah berumah tangga.


Dari Aisyah radhiallahu anha ia berkata:Suatu ketika Rasullah SAW , mengerjakan solat malam, ketika akan witir beliau mengatakan: “Bangunlah, dan dirikanlah solat witir wahai Aisyah!”. “Allah mengasihi lelaki yang bangun malam kemudian solat lalu membangunkan isterinya sehingga solat, jika tidak mahu ia perciklah wajahnya dengan air”. Hadits riwayat Muslim, Shahih Muslim bi Syarh An-Nawawi, 6/23.

Jom ke BLOG DENAIHATI WWW.DENAIHATI.COM

11 comments:

  1. Kebahagiaan rumah tangga hendaklah dicari, tidak akan datang bergolek...kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betol tu. Yang penting berdoa kepada Allah Yang Maha Esa :-)

      Delete
  2. Jutaan terima kasih bro kerana sudi sertai perkongsian Tip Rumah Tangga dan semoga sukses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama :) Perkongsian ini untuk semuaa.

      Delete
  3. Ikut sunnah mcmana rasulullah melayan keluarga baginda, rumahtangga pasti bahagia

    ReplyDelete
  4. wah.. mcm mana lah rasa dah berumah tangga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti seronok kan sebab ade peneman hidup. hehehee :D

      Delete
  5. Alangkah indahnya jika sudah berumah tangga.. amin inshallah suatu hari nnti.

    ReplyDelete
  6. terbaik! 10 tips yg pasti membuatkan suami isteri sentiasa tersengih bahagia =)

    ReplyDelete