/*

12 Dec 2013

8 Tips tingkatkan pageviews blog dari BuasirOtak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

UV terkini eyriqazz-crop 

Kenapa aku takmo tunjuk trafik blog ini? Sebab aku malu!! Blog aku ni blog picisan sahaja. Ada pasang dan ada surutnya. Tapi aku tetap bersyukur sebab ada juga trafik masuk walaupun tak banyak. Meh aku nak dedahkan tips untuk tingkatkan pageviews blog. Tips ini aku dapat sendiri daripada owner blog buasirotak.blogspot.com . Siapa tak kenal blog tu? Semua pasti kenal. Blog yang selalu upkan entry yang pedas tetapi penuh dengan pengajaran.

8 Tips tingkatkan Pageviews blog
1- Nama blog kena unik.
Biasanya kalau blog informasi jangan pakai nama orang, pakai perkataan yang boleh menarik perhatian orang dan senang melekat kat kepala. Contohnya ; Buasir Otak , OhBulan , BeautifulNara. Kalau korang nak buat blog camni aku suggest buh nama SGP Hensem. Kompem org akan igt :P 

2-  Design blog haruslah menarik.
Benda ni sangatlah penting. Kalau blog berserabut jangan marah kalau takde yang jenguk eh? Menarik ni tak semestinya kene ada kerawang kerawang bagai. Dan yang paling penting ialah JANGAN LETAK LAGU DALAM BLOG. Kenapa? Sebab serabut tau dak? Hahaha

3-  Kena rajin blogwalking ke blog orang lain dan tinggalkan komen dan cari kawan blogger.
Benda ni aku akui yang aku memang malas. Hahhaa. Aku takmo ulas panjang panjang hal ni :P

4-  Promote entry dekat ping busuk, blogr.my dan group blogger di facebook.
Inilah paling penting kerana kalau tak ping, memang orang takkan tahu kewujudan blog kita. Lagipun Busuk.org sekarang ni tak perlu dah ping sebab ianya Auto. Jadi, memang mudahlah :) 

5- Kena pandai guna SEO 
Aku takmo juga ulas benda ni sebab aku pun taktahu. kahkahkah

6- Entry kena tulis sendiri dan kalau boleh membuka minda orang.
Aku just nak ingatkan jangan copy paste entry orang bulat bulat. Kalau nak copypaste boleh tapi berilah sumber dari mana. Jangan jadikan hak milik noo.

7- Selalu update isu-isu semasa dan tajuk artikel kena bagi menarik minat orang untuk baca isi.
Sekarang, aku pun tengah mendalami macam mana nak bagi orang minat baca isi entry.

8- Buat Giveaway & Contest
Ini semestinya korang semua tahu. Tapi, janganlah cari sponsor ramai sangat. Jenuh nak follow blog sponsor.


Harap bermanfaat untuk semua. Niat kena betul!

5 comments:

  1. Tahniah! Tinggi juga tu. Terima kasih perkongsian ini.

    ReplyDelete
  2. Tips yang baik ni..tak mudah sebenarnya nak menarik minat orang datang ke Blog kitakan..kecuali ada something yang dia orang nak baca ada kat situ...blogwalking memang perlu coz kalau tak siapalah nak kenal dengan Blog kita kan..so kena korbankan masa sikitlah..

    ReplyDelete
  3. ok ok,, tocey naa,, lama weh tak buat ga,, nak kna buat nih,, hehe

    ReplyDelete
  4. Pergh gua kena jaja blog kesana sini

    ReplyDelete