/*

17 Dec 2013

Barang yang perlu dan tidak perlu dibawa ke PLKN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


http://4.bp.blogspot.com/_Iayhx7rN-Gg/SV6doHEr7uI/AAAAAAAAAt0/ZIf5I1x2Z1o/s400/PLKN+2.JPG 
 Barang yang perlu dan tidak perlu dibawa ke PLKN

Barang yang perlu dan tidak perlu dibawa ke PLKN | Musim PLKN akan bermula pada awal 2014 ini. Aku masih belum cukup umur ke PLKN. Jadi, untuk abang abang , kakak kakak cute yang berpeluang ke PLKN. Tahniah!

Senarai Barang yang perlu dan tidak perlu dibawa ke PLKN

 
Kelengkapan Pelatih
PERALATAN UNTUK PESERTA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
1. PAKAIAN/PERALATAN YANG DISEDIAKAN OLEH JLKN
1.1.1 Pakaian Celoreng
(a) 2 helai Baju Celoreng
(b) 2 helai seluar celoreng
(c) 1 pasang boot
(d) 2 pasang “sock worsted grey”
(e) 1 unit tali pinggang
(f) 1 unit Beret
1.1.2 Pakaian Sukan
(a) 2 helai baju T sukan
(b) 2 helai seluar sukan
(c) 1 pasang kasut sukan
(d) 2 pasang stokin putih
(e) 1 unit topi “baseball”
1.1.3 Pakaian Kelas
(a) 2 helai baju kelas
(b) 2 helai seluar kelas
(c) 1 pasang kasut hitam
(d) 1 unit tali pinggang
(e) 2 pasang stokin hitam
1.1.4 Lain-lain
(a) 2 helai tudung (untuk wanita muslim)
(b) 2 helai tuala
(c) 1 berus kasut
(d) 1 pengilat kasut

2. PAKAIAN DAN KELENGKAPAN YANG PERLU DIBAWA OLEH PESERTA

2.1 Pakaian untuk kegunaan selepas kelas, waktu malam dan untuk hujung minggu termasuk pakaian
dalam, pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian untuk sembahyang dan sebagainya.
2.2 Keperluan kelengkapan kemasan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, sikat rambut dan
sebagainya.
2.3 Keperluan mencuci pakaian seperti sabun/serbuk pencuci, berus,penyangkut baju dan sebagainya.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG DIBAWA SEMASA LATIHAN

1.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan sama sekali membawa, menyimpan, mengambil atau memiliki perkara
-perkara berikut:
1.1.1 Barang-barang atau alat-alat yang merbahaya seperti senjata tajam dan sebagainya di sepanjang
tempoh latihan;
1.1.2 Minuman keras, dadah serta rokok;
1.1.3 Bahan-bahan lucah;
1.1.4 Dokumen serta bahan-bahan bercetak yang berunsurkan politik dan perkauman dan perkara-perkara
lain yang boleh menimbulkan provokasi.
1.2 Peserta-peserta tidak digalakkan memakai dan membawa perkara-perkara berikut:
1.2.1 Barang-barang kemas;
1.2.2 Wang tunai yang tidak melebihi RM200.00; dan
1.2.3 Telefon Selular.
Perhatian: Jika peserta membawa barang-barang yang mana-mana tersebut di atas, peserta diminta
menyerahkannya kepada pihak pengurusan kem. Sebarang kegagalan untuk menyerahkan barangan
dan jika berlaku kehilangan semasa latihan adalah dibawah tangunggjawab peserta sendiri.







No comments:

Post a Comment