/*

24 Dec 2013

Homestay Regalia Studio | Tempat Penginapan yang Sempurna

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Homestay Regalia Studio | Mencari homestay yang tempatnya strategik? Homestay yang terletak di tengah tengah bandar Kuala Lumpur? Homestay Regalia Studio lah Homestay yang anda cari.

Selain itu, banyak lagi keistimewaan Homestay Regalia Studio ini. Untuk ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Pusat Beli-belah hanya dalam jarak berjalan kaki sahaja. Tidak perlu susah-susah tahan seksi teksi untuk ke sana. Mudah bukan?

Homestay Regalia Suite 42
Dekat je!

Homestay Regalia Studio juga menyediakan kolam renang. Selain itu juga, anda benar-benar akan menikmati Sky Lounge Infinity Kolam Renang @ Tingkat ke-37. Jangan terlepas satu ini kerana selain renang, anda akan dapat melihat pandangan panaromic KL Golden Triangle, Menara Berkembar KL, Menara KL dan banyak lagi. Bayangkan bagaimana menakjubkan pandangan adalah semasa Malam Tahun Baru.

Homestay Regalia Suite 66
Sumber : Blog Eyriqazz

Homestay Regalia Suite 73
Sumber : Blog Eyriqazz

Homestay Regalia Studio Peralatan dan Perabot termasuk TV, peti sejuk, aircond, queen bed bersaiz dan pelbagai lagi yang sangat lengkap. Tiada cacat cela terhadap perabot atau peralatan itu.

Regalia Homestay Kuala Lumpur IMG_2799

Regalia Homestay Kuala Lumpur IMG_2744
Mesin basuh juga disediakan.

Regalia Homestay Kuala Lumpur IMG_2793
Di dapur

Homestay Regalia Suite 19
Nak memasak? Anda juga disediakan Oven

Homestay Regalia Suite 31

SPEACIAL !
Homestay Regalia Studio menyediakan GYM. Wah! Tidak pernah seumur hidup aku melihat Homestay yang mempunyai GYM. Waktu pagi-pagi sebelum keluar, bolehlah anda berGYM dahulu. Cukup 3bulan berGYM setiap pagi, 6Pax pun timbul. Hahaha.  Jadi, jika aku diberi peluang untuk menginap di homestay ini, Gym lah tempat aku. hahaha

Homestay Regalia Suite 74

Bagi yang malas untuk membasuh baju seperti aku,Homestay Regalia Studio juga menyediakan Dobi berbayar. Mudah kannn? 

Homestay Regalia Suite 76

Selain itu, homestay ini juga mempunyai kawalan ketat untuk penumpang homestay ini. Jadi baguslah kan? Takdelah berlakunya kecurian. 

Kenapa aku mahu menginap di Homestay Regalia Studio

Aku bukanlah keluarga yang KAYA walaupun aku pernah makan KAYA berkali kali tetap tak KAYA. Kahkahkah. Jadi, disebabkan aku tak kaya, rumah aku manalah ada swimming pool atau nama lain kolam renang. Kalau aku gian sangat nak berenang, aku berenang dalam baldi je. Nasib baik baldi besaq. Hahaha. 

Jadi, jika diberi peluang untuk menginap di homestay itu tempat pertama akan kutuju ialah Swimming Pool. Tambah tambah lagi swimming pool itu boleh melihat KLCC secara live. Lagilah duaronok seronok beb!
Regalia Homestay Kuala Lumpur IMG_2789
 Keaadan kolam pada waktu malam.

Harga untuk Homestay Regalia Studio  :-
Weekdays (Isnin - Khamis ) -  RM200 RM150 semalam
Weekend (Jumaat - Ahad) - RM250 RM180 semalam

Berminat untuk menginap dan bercuti di sini, bolehla e-mailkan ke roomshortstay@gmail.com 

1 comment: