/*

8 Dec 2013

Keindahan Alam Anugerah daripada ALLAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Entry ini merupakan satu contest atau giveaway yang dianjurkan oleh www.Denaihati.Com.


Antara gambar yang menarik di Instagram Denahati. Actually, banyak lagi gambar yang menarik tetapi aku mengambil gambar ini sebagai simbolik kepada tajuk entry iaitu "Keindahan Alam Anugerah daripada ALLAH"

First sekali bila aku pandang gambar ini, terkeluar perkataan "Wahhh! Cantiknyaa". Serius cantik beb! Lagi lagi bila Tuan Denaihati yang snap. Bertambahlah cantik kannn? Hehehe. Inilah yang dinamakan Anugerah daripada Allah yang Maha Esa. Mengikut pada caption yang di dalam Instagram Denaihati, semasa snap gambar ni beliau tengah travel rasanya di Pinang. Ini ialah jambatan Pulau Pinang.

Aku dah pernah pergi ke Pulau Pinang, tetapi tak perasan pula Keindahan Alam ini. Mungkin sebab aku tertidur kot. Aku ni bila travel, tak sah kalau tak tido. Back to the topic, dalam pada Allah memberikan keindahan ada juga sesetengah 'makhluk' yang tidak bersyukur. Mereka tidak menjaga alam sekitar dengan membuat pembakaran terbuka and so on. Dan bila aktiviti itu berleluasa, maka terjadilah jerebu. MasyaAllah!

” Keindahan alam ini tidak lain untuk merenungkan betapa indahnya yang menciptakannya “

Inilah tujuan utama Keindahan Alam dicipta. Untuk manusia merenungkan betapa besarnya kuasa Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Sesetengah manusia akan lupa akan Allah jika melihat benda yang cantik termasuklah aku. Akan tetapi, selepas itu haruslah kita bersyukur kepada Allah Maha Pencipta.

Pada beberapa bulan yang lalu, Malaysia digemparkan dengan jambatan kedua Pulau Pinang runtuh semasa kerja kerja pembinaan dilakukan dan mengorbakan beberapa nyawa. Apa yang kita boleh ambil pengajaran disini ialah, buatlah kerja dengan AMANAH ! Jangan sesekali rasuah atau mengambil rasuah. Mungkin , ada hikmah disebalik runtuhnya Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Hikmah mensyukuri Keindahan Alam :
  • Tahunya Kebesaran Allah S.W.T
  • Hidup tenang kerana melihat Keindahan Alam 
Tanda tanda orang yang Bersyukur :
  1. Mengakui, memahami, serta menyadari bahwa Allah-lah yang telah memberikan nikmat. Pengertiannya di sini adalah bahwa segala nikmat pada dasarnya Allah yang memberikan kepada kita. Manusia adalah juga merupakan perantara dari Pemberi Nikmat yang sesungguhnya yaitu Allah. Orang yang bersyukur senantiasa menisbatkan setiap nikmat yang didapatnya kepada Allah Ta’ala, bukan kepada makhluk atau pun lainnya.
  2. Orang bersyukur akan menunjukkan dalam bentuk ketaatan kepada Allah. Jadi tanda mensyukuri nikmat Allah adalah menggunakan nikmat tersebut dengan beribadah dan taat menjalankan ajaran agama. Keanehan bila orang mengakui nikmat Allah, tetapi tidak mau menjalankan ajaran agama seperti halnya sholat, enggan belajar agama dan sejenisnya.
 Cara mensyukuri Nikmat Allah :
  1. Mensyukuri nikmat Allah dengan melalui hati. Cara bersyukur kepada Allah dengan hati ini maksudnya adalah dengan mengakui, mengimani dan meyakini bahwa segala bentuk kenikmatan ini datangnya hanya dari Allah SWT semata.
  2. Mensyukuri nikmat Allah dengan melalui lisan kita. Caranya adalah dengan kita memperbanyak ucapan alhamdulillah (segala puji milik Allah) wasysyukru lillah (dan segala bentuk syukur juga milik Allah).
  3. Mensyukuri nikmat Allah dengan perbuatan kita. Yaitu perbuatan dalam bentuk ketaatan kita menjalankan segala apa yang diperintah dan menjauhi segala apa yang dilarangNya. PerintahNya termasuk segala hal yang yang berhubungan dalam rangka menunaikan perintah-perintah Allah, baik perintah itu yang bersifat wajib, sunnah maupun mubah.
Bagi aku, Keindahan Alam ini merupakan Anugerah daripada Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T. Jadi marilah sama sama kita menjaga anugerah Allah ini. Memandangkan tahun 2014 ialah tahun melawat Malaysia, Keindahan Alam ini adalah penarik utama pelancong pelancong untuk datang ke negara kita.



6 comments:

  1. Saya orang penang dan saya memang suka akan keindahan alam di pulau pinang.

    Heee

    ReplyDelete
  2. Billion terima kasih kerana sudi sertai denaihati instagram foto kontes dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  3. Wah Penang Bridge. saya pun orang Penang. hehe
    Dah cuba 2nd Penang Bridge?
    DATANG BW DARI BLOG KAK MIA

    ReplyDelete