/*

27 Dec 2013

Masjid istimewa Masjid Al Aqsa #KembaraPalestin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Masjid Isimewa Masjid Al Aqsa | Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana hari ini kita diberi peluang untuk bernafas. Kita seharusnya bersyukur kerana Allah masih tidak mengarahkan Malaikat Izrail untuk mencabut nyawa kita. Syukur Alhamdulillah :) Selagi ada peluang ini, marilah kita meminta ampun dan membuat amal ibadah untuk dijadikan bekalan di akhirat sana.


Allah Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Sesungguhnya pelbagai anugerah Allah kepada makhluknya khususnya Manusia. Antaranya ialah Masjid Al Aqsa. Masjid ialah rumah Allah S.W.T. Semua masjid ialah rumah Allah. Jadi, wajib kita bersopan di dalam masjid. 

Aku nak selit sedikit adab di dalam masjid
1. Duduk menghadap Qiblat.
2. Memohon doa supaya Allah membuka pintu rahmatNya.
3. Sentiasa menyebut nama Allah.
4. Menghadirkan Allah dalam hati.
5. Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia.
6. Jauhi dari menghina Islam.
7. Bezikir dengan suara perlahan.

Secara amnya, Masjid Al Aqsa tidak jelas dibina oleh siapa. Cuma terdapat sepotong hadis sahih menceritakan secara umum pembinaan al-Aqsa, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud:

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah: 
“Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….
Berdasarkan hadith di atas, oleh kerana jarak pembinaan antara al-Masjid al-Haram dan al-Masjid al-Aqsa adalah dekat, iaitu 40 tahun, ditambah lagi dengan umur umat terdahulu yang amat panjang, maka ramai ulamak berpandangan pembina kedua-dua masjid ini adalah orang yang sama. Justeru, dalam usaha mencari siapakah pembina al-Aqsa, adalah perlu untuk kita mencari siapakah pembina al-Masjid al-Haram di Makkah.

Sebahagian kita berpandangan yang pembina al-Masjid al-Haram ialah Nabi Ibrahim. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat 127, yang bermaksud:
“Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram).”

Jumhur ulamak, walau bagaimanapun menyatakan yang ayat di atas hanyalah menunjukkan yang nabi Ibrahim membina kembali tapak al-Masjid al-Haram yang telah dibina oleh nabi sebelumnya. Dengan erti kata lain, nabi Ibrahim bukanlah orang pertama yang membina al-Haram. Sekiranya nabi Ibrahim bukan orang pertama membina al-Haram, maka baginda juga bukanlah orang pertama membina al-Aqsa.

Ketika mentafsirkan ayat di atas, Imam al-Tabari telah merekodkan beberapa riwayat mengenai pembina al-Masjid al-Haram yang sebenarnya. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Ato’ bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru yang menyatakan bahawa pembina Ka’bah yang pertama sebenarnya ialah nabi Adam. Apabila nabi Adam diturunkan dari langit, baginda telah membina rumah ibadah pertama di muka bumi dengan arahan Allah SWT. Baginda tawaf di keliling Ka’bah tersebut, berdasarkan sempadannya yang telah ditetapkan. Ka’bah itulah merupakan asal bagi al-Masjid al-Haram. Kemudian berdasarkan hadith Abu Dzar tadi, baginda telah membina al-Aqsa 40 tahun selepasnya. Adapun nabi Ibrahim, baginda hanyalah membangunkan kembali asas binaan tersebut yang telah roboh berikutan banjir besar serta faktor cuaca yang lain.

Justeru, ramai ulamak yang menyatakan nabi Adam adalah pembina masjid al-Aqsa kerana baginda juga membina Ka’bah.

Beruntung sekali pemilik blog www.Denaihati.com yang berjaya menjejaki kaki ke Bumi Palestin dan sekali gus ke Masjid Istimewa Masjid Al Aqsa itu. Seperti yang sedia maklum bahawa sekali kita solat di masjid Al Aqsa 500 kali pahala. Subbahannallah! Besar sungguh ganjaran yang diberikan Allah Maha Esa.

Selain itu, terdapat 2 lagi masjid yang mempunyai ganjaran yang besar jika kita solat disitu. Antaranya ialah ;
Masjidil Haram - 100,000 ganjaran pahala
Masjid Nabawi - 1,000 ganjaran pahala

Sesungguhnya, sangat besar sekali ganjaran pahala daripada Allah kepada kita. Allah itu Maha Pemurah!!! Teringin pula untuk ke bumi Palestin :'( Semoga mendapat rezeki untuk kesana.. 

5 comments:

  1. Besarnya ganjaran pahala kalau dapat solat di Masjid istimewa nih..bertuah siapa yg dah menjejakkn kaki ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak menjejakkan kaki ke sana :D

      Delete
  2. adab2 didalam masjid memang patut kita amalkan.. sekarang ramai dkalangan
    kita membuat bising dan bercerita hingga hp pun dijawab..

    all d best n gd luck

    ReplyDelete
  3. teringin nak solat kat sana gak.

    ReplyDelete
  4. Billion terima kasih kerana sudi sertai kontes kisah #kembarapalestine dan semoga sukses.

    ReplyDelete