/*

15 Dec 2013

Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Zaman era teknologi ini, semuanya di hujung jari sahaja. Pelbagai gajet gajet menarik diperkenalkan. Serius! Semuanya di hujung jari jerr. Tetapi, anda perlu berhati hati ketika menggunakan gajet. Macam-macam perkara berlaku di dunia internet kini. Tidak lupa juga, kepada ibu bapa harus mengawasi anak anak yang melayari internet.


Di Google Play juga, bermacam macam aplikasi yang diwujudkan. Ada juga aplikasi yang mengandungi kandungan lucah. Perkara ini harus diambil serius kerana kalau tersalah langkah , merana akhirnya. Untuk yang sudah berkahwin tu biarkan saja, untuk bawah umur macam aku ni. Nanti terikut ikut pula.

Aplikasi di Google Play ini memudahkan pengguna smartphone untuk berkomunikasi. Contoh aplikasi yang dapat berkomunikasi : WeChat , Whatsaap dan sebagainya. Memang mudah sekarang ni. Nak komunikasi , tak perlu topup. 

Aplikasi yang terbaru sekarang ini ialah Aplikasi Android Denaihati. Aplikasi apakah itu? Ini ialah aplikasi sebuah blog iaitu blog www.Denaihati.Com. Nak baca blog Denaihati, di hujung ibu jari sahaja. Kalau dulu, kita kena buka laptop dulu tapi sekarang hanya melalui smartphone sahaja!

Paparan Aplikasi Android Denaihati :



Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru :

> Warna untuk aplikasi ini ialah warna hijau. Tenang je tengok warna hijau daun ni. Serius woo. Memang cantik pilihan warna ini. Sesuai dengan niche blog iaitu blog Peribadi dan blog Informasi.

> Aplikasi Android ni laju. Tak lembab langsung. Sekali tekan terus keluar. Aku suka aplikasi yang laju laju ni. Kalau lembab lah, aku terus uninstall terus!

> Font untuk aplikasi ini memang sesuai. Tak kecik sangat dan tak besar sangat. Memang sesuai untuk yang rabun jauh dan rabun dekat. Bagi yang rabun memang tak sakit kepala untuk membaca blog www.Denaihati.Com

Kenapa anda harus membaca Blog www.Denaihati.Com dengan Aplikasi ini? 

1. Blog yang penuh dengan informasi.

2. Tip blogging untuk semua blogger. 

3. Mudah dan cepat

4. Percuma!

Feedback daripada yang muat turun Aplikasi ini :

Kan aku dah cakap, Aplikasi ini memang thorbaikkk ! Feedback yang baik2 belaka.

Beberapa ciri-ciri blog yang disukai Pengunjung
# Loading blog yang cepat.
# Blog yang rapi, design blog yang menarik untuk dilihat
# Tidak banyak iklan
# Artikel yang asli dan juga artikel yang mudah difahami.
# Admin blog yang ramah mesra dengan blogger.

Semua ciri ciri ini , ada pada blog www.Denaihati.Com. Jadi, semua harus download aplikasi ini dan selalu membaca blog ini :) Saya yakin 100% yang anda akn berpuas hati. Cubalahh !

Pada kesempatan ini , aku ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Denaihati kerana memenangi Best Personal Blog. Memang aku respect kepada Tuan Denaihati ini! Memang best pun blognya.

JOM DOWNLOAD APLIKASI ANDROID DENAIHATI DI SINI

4 comments:

  1. congratulations,, nice review :D

    ReplyDelete
  2. Billion terima kasih bro kerana sudi sertai kontes review aplikasi android denaihati terbaru dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  3. wow...semua sdg memepekatankannya...harus cuba nie...

    ReplyDelete
  4. Tahniah…..sama-sama kita pasang apps ini di smartphone kita dan moga memberi manfaat kepada semua sambil memeriahkan segmen review aplikasi terbaik daripada Denaihati. Semoga dapat bonus nanti sempena akhir tahun ini. Wah.. ada foto saya lagi di feedback tu.

    ReplyDelete