/*

12 Dec 2013

Syasya Macam Cantik jerr , Bobo Parody dan Amar di WHI TV3

Assalamualikum & Salam Sejahtera!

Baru lepas tengok WHI di TV3. Tetamu pada harini ialah Syasya , Bobo dan Amar. Dengan tajuk Video parodi: Untuk popular atau memalukan diri? .

Aku tahu pun ada mereka di WHI dari Facebook Syasya Macam cantik jerrr. Membincangkan tajuk ini memang membuka mata pengguna internet. Maka berhati hatilah ketika membuat video. Jangan sampai memalukan diri sendiri. 


 

Apa yang aku sempat dengar dari mereka ialah :

Syasya :
Saya hanya record video saja saja. Saya seorang peminat kpop. So, saya pakai contact lens korea. Saya pun ambillah video macam cantik jerr. Ia hanya untuk meluangkan masa yang terluang sahaja.


Bobo :
Saya start buat video ni dari Form 2 lagi. Niat hanya untuk menghilangkan rasa tension. Kebetulan masa tu saya buat parody lagu Shae, dan masa tu lagu Shae meletop. Mungkin itu sebab saya jadi famous. Saya tak hiraukan apa yang orang cakap. Cakaplah nak cakap ape pun. Lagipun saya buat tidak salah dari segi agama.

http://3.bp.blogspot.com/_HcHrUhySGYg/TTMZVz2xPaI/AAAAAAAAAc0/IhNle421x70/s1600/picam10.jpg

Amar :
Saya bukan menumpang populariti Syasya dengan membuat lagu. Saya sudah lama membuat lagu lagu yang berunsur islamik. Saya buat ni pun kerana ingin menyampaikan dakwah melalui lagu.


"Berhati hatilah ketika menggunakan internet. Jangan sampai memalukan maruah diri dan keluarga. Kepada keyboar warriors berhentilah mengutuk. Memang niat kamu untuk nasihat tetapi bukan dengan cara macam ni. Islam tidak mengajar sebegini cara."

No comments:

Post a Comment