/*

31 Aug 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Malaysia...
Disini lahirnya sebuah cinta.....

Alhamdulillah.
Hari ini 31 Ogos 2014 dan sudah 57 Tahun negara kita merdeka. Pada hari ini kita semua rakyat Malaysia menyambut hari keMERDEKAan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T yang sudah memberi keamanan , kesejahteraan dan kedamaian di negara tercinta kita iaitu Malaysia. Suasana harini di tempat aku sangat mendamaikan dan baik sekali. Angin pun bertiup seperti sepoi sepoi bahasa. Seakan-akan suasana juga menyambut kemerdekaan yang ke 57 ini.

Apakah erti kemerdekaan kepada kita? Kadang-kadang kanak-kanak hanya pandai melaungkan perkataan "MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!" tetapi tidak tahu maksudnya apa. Haaa. Inilah peranan orang yang lebih tua. Jangan sampai generasi akan datang hilang semangan patriotik dan tidak tahu apa-apa tentang kemerdekaan. 

Bagi aku, erti kemerdekaan ialah bebas daripada penjajah di negara kita dari segi jasmani dan rohani. Kita bebas melakukan apa saja di negara kita tercinta tanpa halangan. Tetapi persoalannya sudah cukup merdekakah kita? Kenapa ramai lagi berpakaian seperti penjajah-penjajah, berperangan seperti mereka dan macam-macam lagi.? Jawapannya tepuklah dada , tanya iman :)

Marilah kita hayati bait-bait kata Ustaz Azhar Idrus mengenai KEMERDEKAAN.. Jangan melenting sudah . Kalau terasa , sila muhasabah dan lakukan perubahan dalam diri.


Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. - Andre Colin

Perasaan aku apabila menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia tersangatlah bersyukur kerana aku lahir je di muka bumi ini, sudah ada kemudahan dah tidak susah seperti nenek moyang kita dahulu. Nenek moyang kita dulu sangat susah dan sanggup bergadai nyawa demi negara yang kita duduki sekarang. Kita sekarang ni goyang kaki je. Lebih teruk lagi, siap ada rakyat MALAYSIA yang menghina negara sendiri. MasyaAllah!

Semalam dalam pukul 2.00 petang aku tengok cerita Bukit Kepong. Mula-mula tu aku langsung tak berminat dengan cerita ini memandangkan tiada pelakon yang tersohor. Hahaha. Tetapi Ummi aku nak tengok jugak. Tertengok jugaklah aku. Ya Allah! Sungguh jahat Komunis ni. Aku sampai menyumpah seranah dengan komunis ini. Sangat tidak berhati perut.

Tetapi aku bangga dengan Polis kerana walaupun sedikit je pasukan mereka, mereka tetap tak berputus asa. Sehingga ke titisan darah terakhir pun mereka tetap tidak berubah pendirian. Mereka ingin berjuang habis habisan untuk negara kita yang tercinta ini. Aku sangat bangga dengan PEWIRA-PEWIRA negara :D

Malaysia...
Disini lahirnya sebuah cinta.....

Di bumi bertuah ini, cinta telah berputik.. Cinta akan negara kita , Cinta akan nusa , Cinta akan bangsa , Cinta akan agama dan Cinta akan bumi bertuah ini. Jika kita mencintainya , jagalah dia dengan sepenuh hati. Jangan jadikan sejarah dahulu berulang kembali. Sejarah hitam inilah yang menyeksa nenek moyang kita dahulu.

Blogger DENAIHATI pernah menyatakan di dalam entrinya :

Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Dipetik dari artikel Denaihati

Sungguh mendalam kata-kata Tuan Haji Amir Hassan @ Founder Denaihati. Kita patut menjadikan sejarah yang lalu sebagai pengajaran untuk kita pada masa hadapan. Jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi yang betuah ini. Generasi zaman sekarang harus melindungi negara kita daripada anasir anasir luar..

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 :)

23 Aug 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger | Bunyi saja iPhone 5s, aku pasti peminat gajet di seluruh ceruk dunia akan buka mata luas-luas kerana iPhone 5s merupakan produk Apple yang agak latest dan serba canggih. Gajet ini dijadikan impian setiap blogger, bukan sahaja blogger tetapi semua manusia yang minat akan gajet-gajet. Kalau yang sudah memilikinya, anda orang yang beruntung dan kami orang yang sedang menunggu untung. hehee.

"Semakin lama, semakin canggih , semakin canggih , semakin ramai yang mahu memilikinya." 

Ayat ini sesuai untuk gajet impian setiap blogger iaitu iPhone 5s yang semakin digilai ramai terutama sekali haruslah warga blogger sekalian. Canggihnya tidak boleh nak luahkan dengan kata-kata , hanya yang menggunakannya sahaja yang tahu. Nampak tak uols kecanggihannya? Memang lah produk Apple yang paling latest ialah iPhone 6 tetapi aku tak nak cerita lagi pasai iPhone 6.. Kenapa? Suka hati aku lahhh. HAHAHAHA!

Terlalu banyak sebab kenapa aku ingin memiliki iPhone 5s dan sekaligus menjadikan iPhone 5s sebagai gajet impian. Aku ni boleh dikatakan sebagai peminat awek cun gajet jugaklah. Minat sahaja tetapi tak pernah nak rasa menggunakan gajet gajet yang canggih ni. Maklumlah budak sekolah lagi kann? Lainlah kalau aku ni anak Menteri ke Perdana Menteri ke, bolehlah aku borong sekali dengan kedai-kedai gajet.. Kahkahkah!

INFO CONTEST iPHONE 5s DENAIHATI 
Ini merupakan entry contest dianjurkan oleh blog DENAIHATI yang dilancarkan pada 12 Ogos dan tamat pada 24 Ogos 11.59 p.m. Sesiapa yang ingin memiliki 3 iPhone 5s sila jenguk ke blog www.denaihati.com.my . InsyaAllah jika ade rezeki, kita akan memilikinya. :)

Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.

FAKTOR YANG MENJADIKAN iPHONE 5S GAJET IMPIAN SETIAP BLOGGER


Seperti yang aku nyatakan di atas , memang banyak sangat faktor atau sebab aku nak sangat iPhone 5s ni. Namun begitu, aku nak nyatakan 3 sahaja sebab utama kenapa aku menjadikan iPhone 5s gajet impian setiap blogger .

1- MENGGANTIKAN TELEFON LAMA AKU
Telefon cap ayam itik angsa iaitu telefon three three ten milik aku yang dihadiahkan oleh ayah aku pada 3 tahun yang lepas. Pun begitu, telefon ini telah digunakan oleh mak, seterusnye kakak dan baru aku yang guna. Nampak tak? 3 keturunan uolss! Henfon ni berusia lebih 8 tahun rasanya sampai huruf keypad tu pun dah takde tapi aku boleh je taip mesej. HAHAHA.  Nampak tak betapa hebatnya aku? :p hahaha

Aku ingin memiliki iPhone 5s ini kerana aku nak jugak guna henfon yang canggih yang tidak perlukan keypad untuk menaip mesej. heehehee

2 - KAMERA YANG SUPER DUPER HEBAT
Memang tidak dinafikan bahawa aku ni juga peminat kamera. Bukan untuk selfie ye anak-anak, tapi untuk snap gambar alam semula jadi atau moment untuk dijadikan tatapan. Kamera iPhone 5s ini berkemampuan 8 megapixel. Ia juga dilengkapi mode Panaroma dan mengambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s. 

Contoh gambar yang diambil mengguna iPhone 5s :-
 
Ini contoh dalam keadaan sekeliling gelap dan suram. Tetapi dengan menggunakan kameera iPhone 5s, tetap cantik woo :)

Tangkap gambar yang jenis macam ni yang aku suka. Sungguh cantik tak terkata YA ALLAH!

Air tu nampak macam superb sangat. Walaupun hanya edit , tetapi sangat cantik. 

Telefon tanpa kamera yang cantik ibarat pokok tanpa buah yang tidak berguna bagi aku. Jika sebuah telefon yang mempunyai kamera yang kualitinya sama seperti kamera DSLR , itu adalah kepuasan bagi diri aku. Sumpah aku cakap, yang kamera iPhone 5s ini super duper hebat. 

3- RANGKA YANG KUAT & SADO

Well, lelaki biasalah. Telefon merata-rata dan kadang-kadang cuai atau orang kelantan panggil 'tebolah'. Dah dapat sesuatu, tetapi tak sayang atau maksud yang lain tak dibelai dengan kasih sayang. Itulah perangai aku. Henfon 3310 aku tu, jatuh beribu kali entah. Tetapi biasalah 3310 kann. hehehee. Tapi tak mustahil, aku dapat iPhone 5s ni *macam over confident je. hehe* aku juga akan buat macam telefon 3310 tu.

Yang istimewanya iPhone 5s ni, rangkanya kuat dan tidak mudah pecah. Jadi, kalau jatuh pun , InsyaAllah dengan izin Allah tidak akan pecah. Confirm! Jarang sekali kalau henfon mahal ni, kalau rangka kuat seperti 3310. Biasanya kalau jatuh tuh, ada lah retak retak tu. Itulah kelemahan henfon berjenama. Tetapi, iPhone 5s dibina untuk menjatuhkannya ke tanah :p hahahaa. 

Nahhh! Video orang sana buat test. Alololooo. Daripada buat test macam tu , baiklah bagi kat aku. Hahaha






"iPhone 5s ibarat crush kerana kita ingin memilikinya tetapi susah untuk mendapatkannya"

HARAPAN UNTUK CONTEST DENAIHATI
Entry ini sedaya upaya saya tulis dan terbitkan walaupun di saa-saat akhir. Pada mulanya, saya ingin terbitkan pada awal tarikh contest ini dilancarkan, tetapi sibuk dengan persediaan peperiksaan percubaan PT3. Alhamdulillah, sempat jugak harini saya terbitkannya. 

Harapan saya untuk contest ini, saya tidaklah mengharapkan kemenangan tetapi jika ada rezeki, saya terima sahaja. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memenangi hadiah iPhone 5s itu walaupun ramai blogger yang otai telah menyertainya. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada lah tuh :)

Antara blogger yang menaja contest ini :
Penaja Utama

Penaja Individu
http://www.enveeus.com

Sekian entry contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger saya :) Semoga berjumpa di lain entry. Hahahaa

22 Aug 2014

Lelaki perlu jadi PEWIRA dengan WIRA MALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!




WIRA MALAM ialah supplemen untuk lelaki yang ingin menjadi wira pada waktu malam. Wira malam juga merupakan produk yang laris di pasaran. Produk ini mendapat permintaan yang tinggi sehingga kadang-kadang terpaksa menolak order-order kerana stok amatlah terhad. 

Kenapa?

Kerana produk WIRA MALAM sangat berkesan dan bukanlah sekadar cakap kosong yang cuba mengaut keuntungan semata-mata. Produk ini ingin membantu kaum adam yang mempunyai masalah dalaman. Memang berkesan dan sangat berkesan. Beli sekali, pasti nak order lagi.


APA KATA PENGGUNA?



FUNGSI WIRA MALAM
-Mengoptimalkan fungsi testosterone

-Membantu mereka yang mengalami masalah libido yang rendah

-Melancarkan peredaran darah

-Meningkatkan kualita sereksi dan tahan lama dengan cara melebarkan pembuluh darah

-Tidak menyebabkan jantung berdebar

-Meningkatkan produksi androgen (hormone seksualpria)

-Memperbaiki jumlah sperma lelaki

-Membantu menyihatkan tubuh jika diamalkan setiap hari



RAMUAN ISTIMEWA WIRA MALAM
-Butea Superba untuk mencegah ejakulasid ini
-Tongkat Ali bagi membantu meningkatkan tenaga seksual
-Ginseng untuk meningkatkan system ketahanan tubuh dan mengurangkan kadar kolestrol
-Saw Palmetto dimana ianya member efek anti-estrogen dan anti androgenic yang juga merupakan anti pembengkakan prostat
-Ashwag anda bagi meningkatkan kuantiti sperma dan tenaga lelaki
-Goji bagi meningkatkan kesuburan, menguatkan daya ingatan dan menyokong kesihatan buah pinggang
-Guarana untuk kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan utama bagi tubuh
- Epimedium untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan kadar testosterone lelaki
- Delima bagi membantu menurunkan tekanan darah, membantu mengawal berat badan dan mencegah nyerisendi
- Kismis untuk mencegah anemia, member tenaga dan menjaga kekuatan tulang
- Habbatussauda untuk menguatkan otot jantung, menambah tenaga dan anti penuaan dan juga mencegah kebotakan

Tapi ingat wahai semua pengguna Wira Malam!!
Beli lah yang asli kerana jika beli yang tiruan mungkin kesan sampingan akan anda rasai dan mungkin akan mengalami masalah penyakit yang lain. Jangan kerana inginkan produk yang murah, anda dijangkiti penyakit yang berbahaya. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita sama-sama mencegahnya.

CARA MENGENALPASTI PRODUK YANG ASLI


1. Pengesahan Melalui Visual
Lihatp erkataan “LS”daris udut serong 15 darjah


 2. PengesahanMelaluiSentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari




3. PengesahanMelalui QR Wechat
Imbas kod produkdan info akan diberikan




Nota :
1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
Pastikan beli barangan original kerana takutakan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam


ORDER WIRA MALAM 
Anda boleh layari laman facebook dan laman web produk wira malam ini :

Saya yakin lagi pasti yang produk WIRA MALAM mampu membuatkan jejaka idaman di luar sana menjadi PEWIRA pada waktu malam. hehehee. Try cuba test dulu baru tahu. Jangan lupa kongsikan feedback anda kepada saya. InsyaAllah akan berkesan.. :-)

5 Jul 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Alhamdulillah.
Semua umat Islam di Malaysia sudah seminggu menjalani ibadah puasa. Bulan yang penuh keberkatan inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia. Di bulan ini, semua bapak anak segala syaitan dan jin dikurung , pintu neraka ditutup dan pinta syurga dibuka seluas-luasnya.

Jalan-jalan terjumpa hantu,
Bagi terajang terus mati,
Budak hensem nak gitau sesuatu,
Tempat Buffet Ramadhan yang paling sodap!!

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sempena Ramadhan yang akan tiba, aku ingin mewawarkan sesuatu yang menarik. Syarikat Ombak Creative menyediakann buffet Ramadhan untuk anda semua. Aku sangat yakin dalam bulan puasa ini memang kita nak makanan yang dimasak sendiri oleh ibu atau isteri tercinta.

Tapi...
Rilekkk Adikk Manis!!

Tapi mesti ada one dua tiga four day, ibu atau isteri tercinta malas nak masak.  Tu laa. Korang asyik komplen masakan diorang, kan dah majuk. Hahaha. Lain kali masak aje apa yang dimasak, kenyang ke tak itu belakang ceritaaa! hahaha. Yang penting bini happyy. Lalala~ 
Cerita laki bini kita lupakan sekejap. Kehkehkeh

Aku nak syorkan pada korang tempat istimewa untuk "open fasting" . Buffet ramadhan Casa Ombak merupakan tempat yang aku paling syorkan. Hidangan di sini memang menarik tertarik dan pasti ia tidak mengecewakan anda semua. Kalau korang kecewa? Percaya lah kat aku ni, pasti tak kecewa malah membuatkan isteri tercinta cintun anda tersenyum sampai sahur dan sampai raya terus.


Informasi tentang Ombak Creative
Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Telah menjalankan pengurusan event lebih daripada (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan. Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan.

5 Sebab Kenapa Korang Harus Berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak
Buffet Ramadhan Casa Ombak
1- Masakan Kampung Yang Original

Masakan kampung memang digilai oleh semua orang kerana dari kampung kita berasal. Kalau bukan kita, keturunan kita. Buffet Ramadhan Casa Ombak berkonsepkan masakan kampung yang betul-betul kampung. Celup-celup takda ye. Hahaha. Kalau sebut masakan kampung je mesti teringatkan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak dan banyak lagilah. Jadi, sesiapa yang ingin rasa Masakan Kampung yang Asli, sila ke Buffet Ramadhan Casa Ombak.

2- Suasana Yang Santai & Nyaman
Tempat untuk nikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak ini dikelilingi suasana garden yang santai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Suasana Garden ini biasanya segar dan nyaman. Jadi, anda boleh berbuka tanpa rasa panas kerana tempat yang ada pokok banyak inilah tempat yang rasa sejuk. Sejuk natural orang kata dan anda boleh menghirup udara yang segar bugar tanpa sedut benda yang tak sepatutnya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak
3- Chef yang sangat berpengalaman
Sebuah restoran sudah tentunya mempunyai tukang masak. Yang berbezanya, tukang masak itu pandai masak atau tidak. Tapi, di Buffet Ramadhan Casa Ombak mempunyai chef sangat berpengalaman. Sudah tentu kalau masakan daripada chef yang berpengalaman ini sangat sedap sampai tak terkata. Korang wajib cuba try test masakan diorang ni. Mungkin lagi sedap dari masakan Chef Wan. Hahaha

4- Kemudahan Pelanggan Disediakan

Kemudahan apakah itu? Haa. Tempat letak kenderaan disediakan. Korang tak perlu parking di tepi jalan. Semua boleh parking jangan berebut-rebut. Surau juga disediakan untuk korang solat Maghrib. Dan yang paling penting Wifi boleh korang connect secara PERCUMA. Jadi, kepada yang kaki online tu bolehlah lepak sini. Korang boleh snap gambar dan terus upload ke Fb,Twitter,Instagram,Blog or pape je lah. Memang terbaik lah Buffet Ramadhan Casa Ombak ni.

5- Tersedia juga Instant Cook Stall Corner
Hidangan Masakan Goreng di Buffet Ramadhan Casa Ombak
Masakan segera juga ada di Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. Apa yang takde , semua ada disana! Kepada yang membawa anak ke sana, sudah tentu anak korang suka masakan segera ni. Korang pergi je stall-stall yang disediakan itu. Pasti anak anda turut kenyang juga :)

Di mana Buffet Ramadhan Casa Ombak ini?

Casa Ombak Sdn. Bhd.
No.22 Jalan Damai 
Off Jalan Ampang, 
55000 Kuala Lumpur.

Sungguh strategik tempat untuk nikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak. Tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Lumpur. Betul-betul di tengah bandar. Korang boleh pergi awal sikit sebab biasanya kalau kat bandar ni jem lah dekat-dekat nak berbuka puasa.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.
Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Tempahan Boleh Dibuat Melalui:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001 
Tel : 03 21818750 
Call/Whatsapp : 013 624 1417 
Call/Whatsapp : 012 662 1062 
Facebook page : Ombak Creative 

Berita Baik!!
Anda boleh dapatkan Voucher Buffet Ramadhan Casa Ombak. Jadi, rebutlah peluang untuk dapatkan voucher ini dengan berbuka puasa di sana. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah voucher diskaun ataupun voucher percuma. 

Contoh Voucher Buffet Ramadhan Casa Ombak

Anak Gajah belajar Selfie,
Mati terkejut si anak kerang,
Sungguh murah lagi berbaloi,
Mu Tunggu Aku Datang!!!


Akhir kata, jemputlah sama-sama untuk nikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak dengan segera. Aku nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan ponteng puasa yawww!

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

5 Jun 2014

Rakyat Malaysia suka mengkritik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Mungkin tajuk entry aku kali ini agak panas dan mungkin ada yang terasa. Hmm. Bagi aku, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Hehe. 

Mengkritik bermaksud membantah dengan menyatakan yang buruk dan lemah terhadap sesuatu perkara tidak kiralah dengan perkataan yang baik atau kasar. Haa. Inilah yang aku nak kata ni. Rakyat Malaysia ni suka mengkritik. 

YA. Tak kiralah laki ke perempuan ke sama je. Malahan bapok pun ade tau. Hahahaha. Ingatkan bapok ni keje dia nak solek menyolek diri je. Rupanya ada juga yang jenis suka kritik. Wahahaaha. Semua jenis perkataan yang di'taip' . Mungkin mereka rasa puas hati kot lepas mengkritik ni. Mungkin kritik-kritik menjuadi hobi sejak kecil lagi. Bagus2. Dapat menambahkan penulisan korang dan juga dapat mengisi masa lapang. 

Memang kritik tu bagus tapi kalau semua benda nak kritik itu yang tak berapa nak bagus. Kalau kritik dengan ayat dan lenggok bahasa yang sopan tu boleh jugak diterima . Tapi dorang ni sampaikan keluar perkataan-perkatan yang ... MasyaAllah..

Nasihat aku kepada PENGKRITIK YANG BERJAYA ni teruskan mengkritik tetapi kritiklah dengan baik dan kritiklah apa yang patut sahaja. Gunalah bahasa yang baik kerana bahasa menunjukkan personaliti kita. So, Wat lek Wat Peace :)

Nota Ketiak : 

4 Jun 2014

WW: Duit 8Share dah dapat!! Yeayy!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Cashout hari Jumaat minggu lepas, dan hari ini dah dapat. Terima Kasih 8Share. Dah lama aku tak merasa duit dari 8share. Lama kot aku simpan duit ni. Hahaha. Terima Kasih 8Share , Terima Kasih PengKLIK dan Terima Kasih YA ALLLAH!!

3 Jun 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

*KLIK BANNER*

Hadiah :
Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang

(Pemenang akan dipilih secara random)

2 Jun 2014

Hadiah daripada Denaihati Network dan Boss Nikko Placenta White

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Yippie! Dapat hadiah lagi hasil dari blogging.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada aku. Walaupun sedikit di mata korang, bagi aku sangat bermakna. Boleh lah aku guna duit ni untuk keperluan. Tanpa usaha dan penat lelah, semuanya ini takkan terhasil.

First, dapat hadiah daripada Denaihati Network. Kalau korang follow up entry aku yang lepas-lepas, aku selalu update dapat hadiah daripada diorang kan? Actually, aku buat cemni sebab aku menghargai Denaihati Network dan aku nak korang jugak berusaha untuk join contest daripada dorang. Senang je kalau nak join, selalu singgah blog www.Denaihati.com dan join group Denaihati Network. Jangan lupa Like Fanpage Denaihati Network.

Aku sentiasa singgah blog, group , Fanpage Denaihati Network. Seriously, memang kadang-kadang cabaran yang diberi mereka sangat susah. Tapi korang jangan putus asa! Cuba dulu dan menang tak menang itu soal kedua. Yang penting CUBA.

Kali ini, aku hasil menang hasil daripada entry Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati? . Alhamdulillah! Berkat usaha dan penat lelah aku menjadi salah seorang yang berjaya menyertai cabaran ini.

Second, dapat hadiah daripada Boss Nikko Placenta White. Aku ada join contest review produk daripada Terbaek Network. Mula-mula aku tengok entry mengenai contest ni, memang aku berminat then bookmark dulu entry tu. Lepas beberapa minggu tu, aku pegi balik kat entry tu dan tengok lebih dari 30 orang penyertaan. Masa tu aku rasa ragu-ragu nak join sebab aku tengok ramai yang mengreview produk Nikko Placenta White dengan kreatif. Memang terus putus asa lah masa tu dan terus pangkah entry tu.

Tapi, keesokannya aku pergi balik ke entry tu. Aku nekad kali ni nak join , aku buat entry ni selamat 3-4 jam kot rasanya. Lenguh badan sakit badan sebab lama mengadap menatang laptop ni. Aku berusaha edit gambar satu-satu demi mengkreatifkan entry review tu.

Dan hasilnyaaa .. Entry ini Nikko Placenta White Rahisa Wanita Anggun dan Menawan . Alhamdulillah menang tempat saguhati. Walaupun tempat saguhati, banyak juga nilainya. Alhamdulillah :)

Daripada Denaihati Network

Dari Boss Nikko Placenta White

Nota Ketiak : Denaihati Network akan mengadakan satu contest. Hadiahnya berupa sebuah gadget iPhone 5s. Jom selalu jenguk www.Denaihati.com.

1 Jun 2014

Holiday, Holidiy Holiduy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Perasaan cuti sekolah!!! hahaha

Bismillahirrohmanirrohimm..

Dah lama aku tinggalkan harta pusaka aku ini. Tak terjenguk dan tak terupdate entry. Busy? Takdelah busy sangat macam Pegawai. Ini angkara sifat malas menguasai nafsu . Hahaha. Memang malas sangat nak memerah otak ni haa.

Seminggu sebelum cuti, aku ade exam untuk pertengahan tahun. 3 hari je exam diadakan dan bagi aku kenapa lah rushing sangat. 3 subjek satu hari. Ya Allah! Tak sempat kot nak study semua. Aku belek-belek yang berkenaan je. Yang mana masuk, alhamdulillah. Yang aku tak baca, ada masuk jugak, Nauzubillah. Tawakkal je. Harap tak menurun lahh result untuk PKBS 2 ni. Aminn Ya Rabbal Alamin :')

Dann.. Selepas exam , hari sabtu tu 24/5 aku ngan family kene naik Shah Alam untuk hantar kakak aku masuk Kolej Matrikulasi di Negeri Sembilan. Menumpang dua malam di rumah Pak sedara aku tu haa di Shah Alam. Happening lah tapi banyok letih wooo.

Aku pergi ke Kolej Matrik tu dengan Pak Sedara aku. Dia yang jadi penunjuk jalan kot dan ayah aku follow dari belakang. Actually, sama-sama taktahu . Lahh.. Dengan menggunakan teknologi zaman sekarang, sampai jugak ke sana.

Selepas urusan pendaftaran bagai tu , kene check in asrama. Asrama kat belakang sekali , bilik pulak atas sekali. Kene naik bukit , turun bukit . Jauhh woo. Dengan berjalan kaki sahaja. Sumpah aku tak naik dah lepasni melainkan kalau dengan kete. Huhuu. Tapi takpe muka control macho walaupun dalam hati dah berbara.. Nasib baik, lepas tu kete dah boleh naik. So, kami turun dengan kerete lah lepas tu. Fuhh!

Nahh! Setempek gambar. Eh, Eh, siapa yang pakai baju putih hitam dan paling tinggi sekali tu? Hahaha

Aku stop sini je lah. :) Tolong doakan aku mendapat keputusan yang baik dalam exam pertengahan tahun :') 


Nota Ketiak : Salam Takziah kepada Mak Dara atas pemergian suaminya iaitu Encik Martias Ali. Al-Fatihah :')

27 Apr 2014

Nikko Placenta White Rahsia Wanita Anggun dan Menawan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Wanita Anggun dan Menawan? Wanita mana yang takmau menjadi seorang yang anggun lagi menawan kan? dannn. Lelaki mana yang takmau wanita yang cenggini kan? Hehehee. Memang fitrah macam ni pun. Walau bagaimanapun, Memang susah nak jadi "perfect" di mata manusia ni. Semua tak kene je. Kalau cantik dikatakan pakai "susuk" , kalau hodoh je bla.. bla.. bla... .

Kita ketepikan pasal ni. Kalau nak ulas kene next entry. Hahaha.

Cepat jawab nak!!!
Wanita yang cantik dan anggun ni memang ade rahsia. WAJIB ADA! Kalau takde tu memang tipu lah. Lainlah macam Emma Maembong ni . Meme comey yak kecik lagi. (Memang cantik dari kecil lagi) Jadi, korang yang nak cantik ni kene pandai-pandai korek rahsia wanita-wanita yang cantik tu. Jangan pi bomoh sudahh!

Selepas aku menganalisis data-data *cehh* , aku mendapati bahawa Rahsia Wanita Anggun dan Menawan ialah dengan Nikko Placenta White.


Apa itu Nikko Placenta White?
Nikko Placenta White ialah sejenis supplement ataupun makanan tambahan untuk wanita yang ingin tampil lebih cantik dan anggun seperti Emma Maembong. Produk ini baru sahaja dilancarkan pada tahun ini dan laris dijual dimana-mana tempat. Produk ini mendapat sambutan hangat daripada wanita-wanita dan bukannya dari maknyah-maknyah.


Nikko Placenta White mengandungi ;
1. Glutathione & Collagen yang menjadikan kulit putih & gebu
2. Vitamin C berfungsi untuk mencegah jerawat, baiki kulit berparut
3. Protein Salmon Placenta yang mana protein dalaman ikan salmon,bagus untuk anti aging dan melambatkan monopaus.


Status Halal Nikko Placenta White
Jangan risau wahai Cik Harimau. Nikko Placenta White tidak mengandungi bahan terlarang seperti dadah. Produk ini telahpun lulus ujian Makmal dan sekarang menunggu sijil dari KKM (yang mana ia mengambil masa 5 hingga 6 bulan). Ia juga dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP serta HALAL. Jadi, anda boleh mengambil produk ini tanpa rasa was-was. 


Perisa Placenta White
Nikko Placenta White berperisa Strawberry yang sangat lazat. Ianya bukanlah seperti ubat-ubat yang pahit itu. Ianya hanya seperti gula-gula. Pasti anda rasa nak lagi , kalau dah try sekali. Hihihi :3


Cara Pengambilan Placenta White
Boleh dihisap atau telan. 
1 botol adalah untuk penggunaan 1 bulan.
Cuma perlu makan 1 biji selepas sarapan dan 1 biji selepas makan malam.



Boleh diambil oleh ibu mengandung, ibu menyusu dan juga wanita yang sedang haid.  Tiada pantang yang menyusahkan. Cuma perlu kurangkan kafein dan banyakkan minum air kosong.


Testimoni daripada Pengguna
Walaupun produk ini masih baru dalam pasaran, namun terdapat banyak testimoni yang terbaik daripada pengguna Nikko Placenta White. Memang sah produk ini merupakan rahsia wanita anggun dan menawan.

Contest Placenta White By Nikko





Harga Produk sebotol untuk semenanjung rm90.00
Harga Produk sebotol untuk sabah dan sarawak rm95.00

Bagaimana untuk order?
Anda boleh layari laman sosial rasmi Nikko Placenta White 
Website Placenta White By Nikko
No.tel 013-3633 244
Fanpage Placenta White By Nikko
Instagram : Placenta_White
ATAU

Dapatkan dengan agen atau pengedar yang berdekatan. Anda boleh Cash On Delivery dengan mereka. Maklumat agen/pengedar tertera dibawah :

✔ KL & SELANGOR
----------------
Izan ezrina ( Gombak ) - 0126544475
Ezzatul Syima ( Ampang ) - 0123626737.

✔ MELAKA
--------
Masliza ( Tmn permatang pasir perdana ) - 01115020005

✔ PAHANG
---------
Yusmaziah ( Kuantan ) – 0169371509

✔ TERENGGANU
-------------
Sahiza ( Kuala TRG ) – 0148192604
Siti Munirah ( Dungun ) – 0175316765


Buit Duit dengan Nikko Placenta White 
Anda boleh menjana duit dengan menjadi agen atau stokis. Keuntungan untuk seunit ialah RM20. Kalau anda terjual produk ini sebanyak 5botol sehari, anda akan mendapat RM100! Cuba bayangkan kalau seminggu? sebulan? Tanpa Modal , Tanpa Simpan Stok!!

Berminat? Boleh hubungi atau SMS ke 013 3633 244.


Contest Placenta White By Nikko ini di anjurkan oleh :

dan ditaja oleh :
                                                               Placenta White By Nikko
                                                                    Farisya Anastasyia
                                                                        Farid Laham