/*

3 Feb 2014

#SBB2014 , Untuk bersamamu tiada Rezeki

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

#SBB singkatan bagi Sepetang Bersama Blogger . Aku tak cakap pun korang dah tahu ann? Hahahaa. Dah 2 tahun berturut - turut #SBB ni diadakan. Sekali dengan tahun ni dah 3 tahun. Tetapi, tahun ni banyak kelainan dan banyak sekali keistimewaan jika hadiri ke majlis #SBB ini.

Website #SBB juga diwujudkan pada tahun ini. Serius, macam event yang grand.
Website #SBB : http://sbb.my/

Majlis itu juga ada menyediakan cabutan bertuah untuk hadiah iPhone 5s (3 unit), iPhone 5c (1 unit), iPad Mini (1 unit), Sistem Navigasi Garmin (2 unit), tidak lupa hadiah lain seperti pakej percutian dan banyak lagi menanti untuk dimenangi. Memang rugi kalau ada peluang uttuk pergi ke majlis itu tetapi tidak hadiri.

Selain itu, penganjur #SBB ini juga ada membuka peluang kepada para peniaga untuk menyewa tapak jualan. Terhad untuk 10 tapak sahaja! Tetapi, sekarang tinggal 7 tapak sahaja kerana 3 tapak telah disewa. Bab harga memang sangat-sangat berpatutan. Maklumat lanjut sila layari website #SBB.

Blogger Top Malaysia juga akan memberi ilmu blogging kepada yang menghadirkan diri ke majlis #SBB. Antaranya ialah Ben Ashaari , Red Mummy (Blogger Jutawan) , Zarul Umbrella dan ramai lagi. Dengar khabar angin, ada yang mengatakan artis-artis juga akan hadir ke majlis itu. Wahhhh!

TETAPI,,

Aku tak dapat pergi ke majlis #SBB ini. :'( Mungkin tiada rezeki. Kepada yang berminat untuk sertai sila ke www.sbb.my

2 comments:

  1. wow...bestnya dapat berkumpul dgn blogger2

    ReplyDelete
  2. wohhooo thanks sharing.
    can be considered :)

    ReplyDelete