/*

27 Apr 2014

Nikko Placenta White Rahsia Wanita Anggun dan Menawan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Wanita Anggun dan Menawan? Wanita mana yang takmau menjadi seorang yang anggun lagi menawan kan? dannn. Lelaki mana yang takmau wanita yang cenggini kan? Hehehee. Memang fitrah macam ni pun. Walau bagaimanapun, Memang susah nak jadi "perfect" di mata manusia ni. Semua tak kene je. Kalau cantik dikatakan pakai "susuk" , kalau hodoh je bla.. bla.. bla... .

Kita ketepikan pasal ni. Kalau nak ulas kene next entry. Hahaha.

Cepat jawab nak!!!
Wanita yang cantik dan anggun ni memang ade rahsia. WAJIB ADA! Kalau takde tu memang tipu lah. Lainlah macam Emma Maembong ni . Meme comey yak kecik lagi. (Memang cantik dari kecil lagi) Jadi, korang yang nak cantik ni kene pandai-pandai korek rahsia wanita-wanita yang cantik tu. Jangan pi bomoh sudahh!

Selepas aku menganalisis data-data *cehh* , aku mendapati bahawa Rahsia Wanita Anggun dan Menawan ialah dengan Nikko Placenta White.


Apa itu Nikko Placenta White?
Nikko Placenta White ialah sejenis supplement ataupun makanan tambahan untuk wanita yang ingin tampil lebih cantik dan anggun seperti Emma Maembong. Produk ini baru sahaja dilancarkan pada tahun ini dan laris dijual dimana-mana tempat. Produk ini mendapat sambutan hangat daripada wanita-wanita dan bukannya dari maknyah-maknyah.


Nikko Placenta White mengandungi ;
1. Glutathione & Collagen yang menjadikan kulit putih & gebu
2. Vitamin C berfungsi untuk mencegah jerawat, baiki kulit berparut
3. Protein Salmon Placenta yang mana protein dalaman ikan salmon,bagus untuk anti aging dan melambatkan monopaus.


Status Halal Nikko Placenta White
Jangan risau wahai Cik Harimau. Nikko Placenta White tidak mengandungi bahan terlarang seperti dadah. Produk ini telahpun lulus ujian Makmal dan sekarang menunggu sijil dari KKM (yang mana ia mengambil masa 5 hingga 6 bulan). Ia juga dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP serta HALAL. Jadi, anda boleh mengambil produk ini tanpa rasa was-was. 


Perisa Placenta White
Nikko Placenta White berperisa Strawberry yang sangat lazat. Ianya bukanlah seperti ubat-ubat yang pahit itu. Ianya hanya seperti gula-gula. Pasti anda rasa nak lagi , kalau dah try sekali. Hihihi :3


Cara Pengambilan Placenta White
Boleh dihisap atau telan. 
1 botol adalah untuk penggunaan 1 bulan.
Cuma perlu makan 1 biji selepas sarapan dan 1 biji selepas makan malam.



Boleh diambil oleh ibu mengandung, ibu menyusu dan juga wanita yang sedang haid.  Tiada pantang yang menyusahkan. Cuma perlu kurangkan kafein dan banyakkan minum air kosong.


Testimoni daripada Pengguna
Walaupun produk ini masih baru dalam pasaran, namun terdapat banyak testimoni yang terbaik daripada pengguna Nikko Placenta White. Memang sah produk ini merupakan rahsia wanita anggun dan menawan.

Contest Placenta White By Nikko





Harga Produk sebotol untuk semenanjung rm90.00
Harga Produk sebotol untuk sabah dan sarawak rm95.00

Bagaimana untuk order?
Anda boleh layari laman sosial rasmi Nikko Placenta White 
Website Placenta White By Nikko
No.tel 013-3633 244
Fanpage Placenta White By Nikko
Instagram : Placenta_White
ATAU

Dapatkan dengan agen atau pengedar yang berdekatan. Anda boleh Cash On Delivery dengan mereka. Maklumat agen/pengedar tertera dibawah :

✔ KL & SELANGOR
----------------
Izan ezrina ( Gombak ) - 0126544475
Ezzatul Syima ( Ampang ) - 0123626737.

✔ MELAKA
--------
Masliza ( Tmn permatang pasir perdana ) - 01115020005

✔ PAHANG
---------
Yusmaziah ( Kuantan ) – 0169371509

✔ TERENGGANU
-------------
Sahiza ( Kuala TRG ) – 0148192604
Siti Munirah ( Dungun ) – 0175316765


Buit Duit dengan Nikko Placenta White 
Anda boleh menjana duit dengan menjadi agen atau stokis. Keuntungan untuk seunit ialah RM20. Kalau anda terjual produk ini sebanyak 5botol sehari, anda akan mendapat RM100! Cuba bayangkan kalau seminggu? sebulan? Tanpa Modal , Tanpa Simpan Stok!!

Berminat? Boleh hubungi atau SMS ke 013 3633 244.


Contest Placenta White By Nikko ini di anjurkan oleh :

dan ditaja oleh :
                                                               Placenta White By Nikko
                                                                    Farisya Anastasyia
                                                                        Farid Laham

26 Apr 2014

Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati? | Setiap blogger pasti inginkan komen-komen yang membina di entry masing-masing daripada rakan blogger yang lain. Kalau takde rasa ini bermakna anda bukan BLOGGER SEJATI. *kehkehkeh* Memang tidak dinafikan aku ada rasa macam ni. Kalau takde orang komen rasa down je kan nak berblogging?

Aku pernah down untuk berblogging oleh sebab ini. Selalu kot. Hehehe. *nampak sangat cepat putus asa* Lagi-lagi kalau kita update entry ini dengan penuh bersungguh-sungguh. Sampaikan mengadap laptop/pc sampai berjam-jam untuk update entry, namun akhirnya tiada siapa pun nak komen. Time ni rasa nak bakar je laptop. Hahaahhaaha.

Adakah blog yang tiada komen tak bagus? Hmmm. Bagi aku tak juga. Mungkin ada faktor-faktor lain yang membuatkan perkara ini berlaku. Jangan lupa! Blogger yang famous sekarang seperti Denaihati , Fatin Liyana , Yuyu Zulaikha . Ben Ashaari , Hasrul Hassan dan lain-lain lagi juga pernah mengalami saat-saat yang sodih ni. Semua yang berjaya bermula dari bawah. Ingat tu!

Mengikut kajian yang aku kaji, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan entry kita tiada komen.

1- Design blog kurang menarik
Perkara ini juga penting kerana kebanyakan manusia melihat rupa dahulu baru isi kandungan. Hihihi ;3

2- Loading blog terlalu lambat
Kalau blog yang macam ni, memang aku pangkah terus. Buang masa je. Masa itu emas tauuu. :p

3- Entry kurang menarik
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ini kene banyak membaca blog otai-otai. Aku syorkan blog www.denaihati.com kerana entrynya ada daya penarik sampaikan aku ketagih nak baca blog ini. Serius!

4- Kurang komen di entry blogger lain
Nak jadi blogger kene rajin *pesan kepada diri sendiri. haha* Jangan kedekut sangat nak komen entry blogger lain.

5- Blog kurang dikenali
Cara untuk memasarkan blog anda ialah dengan menganjurkan giveaway , segmen atau contest. Ataupun join giveaway,segmen atau contest blogger lain dan jangan lupa blogwalking!

Taknakkah anda mendapat ratusan komen di blog seperti blog Denaihati? Memang akulah manusia yang paling gembira di dunia kalau setiap entry mendapat ratusan komen. Rasa diri ni dah famous. Hahaha. Kalau boleh nak buat kenduri kesyukuran je. Kehkehkehh..

Berikut ialah entry blog denaihati yang paling banyak mendapat komen sepanjang 2012 sehingga 2013.

10. iPhone 4S Gadget Impian Cikgu Naman
Mendapat sebanyak 850 komen dan 292 sebaran daripada rakan blogger.

9. Melastik Bintang Usaha Untuk Capai Matlamat
Mendapat sebanyak 906 komen dan 374 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

8. Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zulseffort
Mendapat sebanyak 960 dan 729 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

7. iPad 2 Gadget Impian Hans
Mendapat sebanyak 1035 dan 273 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

6. Jadual EURO 2012
Mendapat sebanyak 1278 dan 21 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

5. iPhone 4S Gadget Impian Yanmie
Mendapat sebanyak 1601 dan 2200 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

4. Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak
Mendapat sebanyak 1960 dan 119 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

3. Nikon D90 gadget Impian MJ
Mendapat sebanyak 2522 dan 299 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

2. iPhone 4S Gadget Impian PuanBee.com
Mendapat sebanyak 3445 dan 1400 sebaran daripada rakan-rakan blogger.


Dan yang paling banyak ialahh........

1. Macbook Air Gadget Impian Ariff Shah
Mendapat sebanyak 3480 dan 2100 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

Wahh! Memang terbeliak mata tengok komen-komen yang diperoleh daripada entry di blog www.denaihati.com ini. Taktau macam mana yang dibuat oleh Team Denaihati Network supaya mendapat komen yang banyak. Ini bukan ratusan tapi ribuan komen!!!!

Sebelum saya berhenti menulis, saya ingin memberi tips kepada pembaca blog macam mana nak dapatkan komen macam blog denaihati :)

1. Hasilkan entry yang memikat hati pembaca.

2. Tuliskan isu atau persoalan diperenggan yang terakhir.

3. Rajin blogwalking blog dan komen entry blogger lain.

4. Reply setiap pertanyaan daripada blogger lain.


Saya akhiri entry ini dengan lafaz Soda kallah Hul Azim.. Semoga anda mendapat manfaat daripada entry ini yaaa! :)

25 Apr 2014

63 Hari menuju Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Entah kenapa harini aku update entry berkenaan Ramadhan. Tetibe je tadi aku teringatkan Ramadhan. Mungkin aku merindui Bulan yang Mulia ini. Sangat bertuah kepada sesiapa yang masih bernyawa untuk menemui bulan Ramadhan ini pada tahun ini. Kalau ade rezeki, InsyaAllah kita semua akan berjumpa dengannya :)

Pejam celik , pejak celik *jangan pejam tak celik2 sudah* lagi 63 hari kita akan menuju Ramadhan bulan yang Mulia ini. Sungguh aku tidak sedar yang Ramadhan menghampiri kita semua. Banyak benda yang kita fikir sehinggakan kita terlupa bulan yang penuh bermakna untuk semua umat Islam.


Aku mengharapkan Ramadhan kali ini Ramadhan yang penuh bermakna bagi aku. Aku berazam ingin memanfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Jom sama-sama kita beristiqamah :)


Adakah anda bersedia untuk Ramadhan?


24 Apr 2014

Antara Matrikulasi dengan Diploma yang mana lebih baik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Antara Matrikulasi dengan Diploma yang mana lebih baik? | Dalam hal untuk mencari kebaikan atau keburukan, kita sume sedia maklum bahawa setiap perkara itu didatangkan dengan kedua-dua nya. Konsep ini bukan sahaja terdapat dalam agama Islam tetapi juga semua agama sebagai contoh konsep Yin Yang. So dalam hal antara matrikulasi dan juga diploma, dapat disimpulkan kedua-dua nya ada baik dan ade buruk bergantung kepada cita-cita atau kerjaya yang korang ingin ceburi.

Matrikulasi lebih baik? 
Matrikulasi merupakan institut yang boleh dianggap sebagai batu loncatan. Ini kerana, tempoh pengajian di matrikulasi hanya la 1 tahun (2 tahun pun dh ade sekarang klu x silap aku) dapat menjimatkan masa tempoh pengajian. Selain itu, lepasan matrikulasi mempunyai kouta yang ditinggi untuk ditawarkan bagi program ijazah sarjana muda di IPTA seluruh negara. Memudahkan mereka untuk mengikuti kursus yang berkaitan kerjaya yang diidamkan di IPTA.

Namun begitu, matrikulasi hanya menyediakan bidang sains (fizikal & hayat) dan juga perakaunan. So hanya pelajar2 yg bercita2 untuk menjadi doktor, engineer dan juga yang berkaitan akaun dapat menikmati kelebihan matrikulasi ini sebagai batu loncatan ke IPTA. Selain itu, tempoh mase yang pengajian yang singkat ini juga, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat catch up terhadap subjek2 yang diambil, justeru itu ramai yang kecundang seperti yang tertulis dalam Harian Metro. Satu lagi, sijil matrikulasi tidak laku untuk sebarang kerjaya.

Diploma pun baik?
Bagi pengajian di peringkat diploma plak, berbanding dengan matrikulasi, 3 tahun diperlukan bagi seseorang sebelum mendapat sijil diploma. Tempoh masa yang agak panjang. Lepasan diploma jugak dikatakan sukar untuk mendapat tempat di IPTA dalam bidang kritikal seperti, doktor dan engineer. So bagi mereka yang ingin menjadi doktor, elakkan daripada mengambil sijil diploma.

Kebaikan diploma yang paling penting adalah, sijil diploma laku untuk untuk sebarang kerjaya berbanding sijil matrikulasi. Selain itu, diploma menawarkan pelbagai jenis kursus, seperti perhotelan, IT, dan berbagai lagi yang tidak terdapat di matrikulasi. So sekiranya korang nk jadi designer amik la diploma jangan ngade2 nk masuk matrikulasi.

So sekali lagi nk simpulkan, antara matrikulasi dan diploma yang mana lebih baik itu semua nya bergantung kepada cita-cita korang and kesungguhan korang nk belajar dan berjaya. Tidak ada jalan mudah dalam kehidupan. Ini pendapat aku.


Artikel di atas didapati daripada blog TheWayIThink

19 Apr 2014

Duit vs Keluarga Bahagia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Duit? Duit? Duit?
Sekarang apa-apa bende sekalipun semuanya perlukan kertas yang berbentuk rectangle tue. Ibarat kalau takde kertas itu tak boleh hidup. Memang aku tak nafikan kenyataan di atas ini. Sampaikan, ibu bapa sanggup tinggal anak-anak di rumah bersendirian.

Anak-anak berkawan dengan siapa pun tak tahu. Anak buat apa dirumah pun taktahu. Ibu bapa sanggup berbuat demikian demi kertas yang dikatakan kalau takde tak boleh hidup. Apa guna hidup kalau asyik nak kejar kertas sahaja? Apa guna belajar tinggi-tinggi untuk kertas sahaja?


Walupun takde duit banyak, hidup dalam suasana bahagia sudah memadai bagi aku. Buat apa duit banyak kalau hidup tak tenteram. Sebagai contoh, duit kita banyak dan duit itu disimpan di dalam rumah. Nak tidur pun tak lena sebab takut perompak pecah masuk dalam rumah. See? Kalau nak pergi melancong ke tak boleh lama-lama. Takut hilang duit tu. Memang sangat-sangat tak tenang. 

Sebaik-baik perkara ialah bersederhana. Duit vs Keluarga Bahagia. Aku pilih Keluarga Bahagia!!!

18 Apr 2014

Hadiah Keempat daripada Denaihati Network

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!



Alhamdulillah. Ini merupakan hadiah keempat daripada Denaihati Network. Terima kasih banyak-banyak. :')

12 Apr 2014

Doa Orang Yang Teraniaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Doa Orang Teraniaya
DOA ORANG YANG TERANIAYA

KISAH SEORANG RAJA YANG ZALIM
Suatu pagi seorang laki-laki pergi hendak berburu mencari rezeki yang halal. Namun sampai hampir malam, ia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Ia lalu berdoa sepenuh hati:"Ya Allah, anak-anakku menunggu kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan". Tidak lama setelah doanya selesai ia panjatkan, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Ia pun bersyukur kepada Allah dan pulang ke rumah dengan penuh bahagia.

Di tengah perjalanan pulang, ia bertemu dengan kelompok raja yang hendak berburu juga. Raja heran dan takjub luar biasa begitu melihat ikan sebegitu besar yang dibawa pemburu itu. Lalu, ia menyuruh pengawal untuk mengambil ikan itu secara paksa dari tangan sang pemburu.

Dibawanya ikan itu pulang dengan bahagia. Ketika sampai di istana, ia keluarkan ikan itu dan bolak-balik sambil tertawa ria, tiba-tiba ikan itu mengigit jarinya dan mengakibatkan badannya jadi panas dingin sehingga malam itu raja tidak dapat tidur.

Dihadirkanlah seluruh doktor untuk mengubati sakitnya, semua doktor menyarankan agar jarinya itu dipotong untuk menghindari tersebarnya racun ke anggota badan lainnya. Raja pun menyetujui nasihat mereka. Namun setelah jarinya dipotong, ia tetap tidak dapat istirahat karena ternyata racun itu telah menyebar ke bagian tubuh lainnya,

Para doktor pun menyarankan agar pergelangan tangan raja dipotong dan raja pun menyetujuinya. Namun setelah pergelangan tangannya dipotong, tetap saja raja tidak dapat memejamkan matanya, bahkan rasa sakitnya makin bertambah; ia berteriak dan meringis dengan keras karena racun itu telah merasuk dan menyebar ke anggota tubuh lainnya.

Seluruh dokter akhirnya menyarankan agar tangan raja sampai siku dipotong, raja pun menyetujuinya. Setelah lengannya dipotong, sakit jasmaninya kini telah hilang, tetapi diri dan jiwanya tetap belum tenang. Semua doktor akhirnya menyarankan agar raja dibawa ke seorang doktor jiwa (ahli hikmah).

Dibawalah sang raja menemui seorang doktor jiwa dan diceritakan seluruh kejadian seputar ikan yang ia rebut dari pemburu itu. Mendengar itu, ahli hikmah berkata, "Jiwa Tuan tetap tidak akan tenang selamanya sampai pemburu itu memaafkan dosa dan kesalahan yang telah Tuan perbuat.

Dicarinya pemburu itu dan setelah didapatkan, raja menceritakan kejadian yang dialaminya dan ia memohon agar si pemburu itu memaafkan semua kesalahannya. Si pemburu pun memaafkannya dan keduanya saling berjabat tangan.

Sang raja penasaran ingin mengetahui apa yang dikatakan si pemburu ketika raja mengambil paksa ikannya. Ia bertanya, "Wahai pemburu apa yang kau katakan ketika aku merampas ikanmu itu?".

Pemburu itu menjawab,"Tidak ada, kecuali aku hanya mengatakan 'ya Allah sesungguhnya dia telah menampakkan kekuatannya kepadaku, perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!" Sungguh, doa orang teraniaya sangat mustajab, maka berhati-hatilah dalam bertindak. Wallahu 'alam bi shawab



Jika anda tergolong dalam orang-orang yang teraniaya amalkanlah doa di bawah ini :- 

1. Mohon pada Allah untuk mehggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca "Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU 

 2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita "Ya Allah, Mereka ini (sebutkan nama mereka) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini." Juga mujarab.

ATAU

3.  Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pasa mereka. Mereka akan kekal memikul doosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya



Rasulullah saw bersabda: "...Dan takutlah terhadap doa orang yang terzalimi, karena antara dia dan Allah tidak ada hijab (pembatas yang menghalangi)nya." (HR. Bukhari dan Muslim).


- InnAllaha ma'a az-zhalimin..sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang dizalimi.

Entry ini dipetik dari sumber yang dipercayai 

11 Apr 2014

Kenapa SAHABAT susah dicari?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Kawan dan Sahabat maksudnya lain. Kawan ialah orang yang bersama kita ketika senang sahaja dan sahabat ialah orang yang bersama kita di saat senang dan di kala susah. Yang sahabat inilah yang dikatakan susah nak dicari. Kawan? Senang je nak cari. Kat tengah jalan pun boleh je dapat.

Kadang-kadang kita menganggap seseorang itu SAHABAT tetapi sebaliknya. Dia tikam belakang kita. Depan kita baik je, belakang punya lah jahat. Orang yang macam ni boleh pegi mampus! Maaf TERemo sikit sebab aku pernah jumpa dan alami kawan yang jenis macam ni. 

Aku pasti ramai je yang pernah kene ngan orang camni kan? Orang yang macam ni memang layak diterajang berjemaah. Kawan pula ada yang jenis suka merajuk. Tegur sikit je merajuk. Tegur banyak je menangis. Kalau bab nak kata kat orang nombor satu bila . Kalau balas balik merajuk. Ada spesies yang kaki kikis duit. Masa kita ada duit , mulalah dia datang kat kite dan suruh belanja bagai. Dan bila kita dah miskin/ada masalah batang hidung pun tak nampak. 

SAHABAT? Memang susah dicari bila sudah jumpa kitalah orang yang paling bahagia di dunia ini. Sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang menegur sahabatnya dan sahabatnya menerima teguran itu

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya : 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut. ”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Nota ketiak : Mempunyai masalah bau badan? Boleh refer entry INI. Thankyou!

10 Apr 2014

Petua Hilangkan Resdung dengan CMC CURCUMA MANGGA CURE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

PETUA HILANGKAN RESDUNG
Petua Hilangkan Resdung | Resdung merupakan merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

RESDUNG atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Resdung boleh mengakibatkan :
  • Jangkitan nanah di kawasan sekeliling mata
  • Jangkitan otak
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Lelah yang teruk
  • Dengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil
  • Alahan hidung
  • Selesema biasa yang melarat

Tapi jangan risau! Kami ada cara untuk merawat Resdung anda. Kami boleh membantu anda dengan Curcuma Mangga Cure CMC - Felinna Beauty.

Bahan Utama Curcuma Mangga Cure CMC - Felinna Beauty :-
Kunyit Putih
Kunyit Gajah
Halia Bara
Bunga Inai Merah (hanya menggunakan campuran semulajadi)

Khasiat Kapsul Kunyit Putih:-
Mematikan perkembangan kanser (Termasuk tanda awal HIV)
Mengatasi masalah kewanitaan (Keputihan dan haid yang tidak teratur)
Menurunkan berat badan keterlaluan
Melancarkan peredaran darah
Mencegah Barah Angin
Mengurangkan nafas berbau dan sakit gigi.

Cara Makan Curcuma Mangga Cure CMC - Felinna Beauty:
1 biji selepas breakfast dan 1 biji selepas dinner.
jangan melebihi dos yang disyorkan.
Banyakkan minum air suam/kosong.



Harga :
RM120 Sebotol
RM90 Sebotol
Percuma penghantaran ke seluruh Malaysia yang bernilai RM10


Cara Order CMC Curcuma Mangga Cure :
Sila isi borang di SINI
dan anda akan menerima emai/mesej di fb daripada kami. 

8 Apr 2014

Resepi Chocolate Rice Crispy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!



Bahan-Bahan yang diperlukan :
2 bar coklat Mars – standard size 53g
2 sudu besar golden syrup
90gm mentega
3 cawan rice krispies
500 gm coklat masakan atau secukupnya

Cara-Cara :
Coklat mars dipotong kecil2.
Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam pan atau periuk kecil.
Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata.
Masukkan rice krispies. Gaul sehingga rata.
Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.
Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan2 sehingga padat dan rata.
Buat sehingga siap. Ketepikan.
Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler.
Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.
Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.
Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.

7 Apr 2014

Hidup Segan , Mati Tak Mau

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Krikk.. Krikk..

Pasti bosan baca tajuk entry ini. Hahaha. Skema gilaa kot. Peribahasa Melayu uols! Yang penting aku update. Taktau pulak kenapa aku rajin pulak update blog harini. Nak kata sekolah balik awai tak jugak, balik pukul 5 harini . Mungkin sebab nak dapat duit banyak kot harini. Aminn. Hahaha

Hidup segan Mati tak mau bermaksud orang yang hidupnya melarat atau boleh dikatakan sangat miskin. Mula-mula aku ingatkan peribahasa ini tentang sampah masyarakat tu. Nasib baik aku rajin buat research. Kalau tak sampai ke tua aku ytak tahu .

Apa yang aku nak simpulkan disini ialah kita sebagai orang yang berada hendaklah bersedekah kepada orang yang macam peribahasa itu. Bukan hendaklah , WAJIBLAH! Sebagai orang Islam, 20% daripada harta kita bukan harta kita sebaliknya harta orang-orang miskin ni. 

Aku juga cuba untuk bersedekah walaupun sedikit. Aku selalu set mind aku bersedekah tidak membuatkan aku miskin malah bertambah kaya. Jadi, jom kita bersihkan harta kita dengan bersedekah. Tak banyak pun, sedikit pun takpa . Yang penting ikhlas :)

Rasulullah SAW bersabda : 
"Saya pernah berdiri di pintu syurga, ternyata yang saya lihat bahwa kebanyakan penghuninya adalah orang-orang miskin, sedangkan orang-orang kaya tertahan (iaitu belum diperkenankan masuk syurga dahulu)" ( HR Bukhari dan Muslim )

6 Apr 2014

Jenis-Jenis Fitnah Dajjal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Jenis Jenis Fitnah Dajjal | Dajjal merupakan seorang makhluk Allah. Dia ialah manusia bukannya makhluk ghaib. Berketurunan Yahudi dan ajalnya ditangguhkan sehingga hari kiamat seperti syaitan dan iblis. Dajjal ialah makhluk yang akan diturunkan ke bumi suatu hari nanti.

1 . Bersamanya ada syurganya dan nerakanya .

    Dari Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda:
   " Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka . " ( HR. Muslim , no . 2934 )

2 . Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali .

    Rasulullah SAW bersabda:
   " Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata: ' Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah SAW. ' Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ): '
    Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku? ' Mereka berkata : ' Tidak. ' Maka Dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali .... " ( HR. Muslim no . 2938 )

3 . Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali . ( HR. Muslim , 2938 / 113 )

4 . Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.

    Dari An - Nawwas bin Sam'an RA: Rasulullah SAW bersabda:

    " ... Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya  menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman .... " ( HR. Muslim no . 2937 )

5 . Akan diikuti perbendaharaan harta.

   Dalam hadis An-Nawwas bin Sam'an ra disebutkan , Rasulullah SAW bersabda:
    " ... Dia mendatangi reruntuhan dan berkata : ' Keluarkanlah perbendaharaanmu . ' Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti Dajjal seperti sekelompok lebah . " ( HR. Muslim no . 2937 )

6 . Bersamanya air , sungai , dan gunung roti , api , dan air .

    Rasulullah SAW bersabda:
    " ... Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya surganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga . " ( HR. Ahmad . Asy - Syaikh Al - Albani rahimahullahu berkata: Lihat Qishshatu Masihid Dajjal )

    Dari ' Uqbah bin ' Amr RA, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Dajjal:
    " Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api . Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang     mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik . " ( HR. Muslim no . 2935 )

Sumber : Sinar Harian Online

Sungguh dasyat sekali fitnah dajjal ini. Walaubagaimanapun, kita hendaklah berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada fitnah fitnah dajjal ini. 

Doa dijauhi Fitnah Dajjal :

5 Apr 2014

5 Entry MeleTOP di www.Denaihati.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Tajuk entry dah macam pengacara meleTOP menggantikan awek aku Neelofa dan Nabil. Hahaha. Kalau ade peluang suatu hari nanti apa salahnya kan? Lagi lagi berdua dengan Neelofa. Pehh! By the way, aku baru je balik dari menghantar kakak aku ke PLKN. *macam laa ade orang nak tahu!!*

www.Denaihati.com ! Tidak perlu kot untuk aku memperkenalkan blog ini. Lu orang semua dah tahu kan. Tak perlu membazir masa untuk taip panjang-panjang. Blog ini blog yang telah memenangi banyak ANUGERAH. Antaranya ialah ;
  • Best Of  Best Blog 2012
  • Most Creative Blog 2013
  • Best Personal Blog 2013
Dan baru-baru ini , beliau telah merangkul anugerah The Best Micro Blog 2014 melalui Instagramnya instagram.com/denaihati . Sekalung tahniah kerana memenangi banyak anugerah dan blog beliau sangat layak memenangi Anugerah-Anugerah ini. Terima kasih kepada juri anugerah kerana BIJAK memilih :)

Aku nak berkongsi dengan semua mengenai 5 entry yang paling MeleTOP di www.Denaihati.com sepanjang 2012 hingga 2014. MeleTOP disini ialah entry yang paing banyak disebarkan. Memang betul , semua entry di blog www.Denaihati.com MeleTOP kebabomm!



5 Entry MeleTOP di www.Denaihati.com

Sebuah entry yang sangat berguna untuk ibu bapa dan yang paling penting untuk PEROKOK. Ada satu video di entry itu untuk anda wahai si PEROKOK!

Terdapat hukum Aqiqah yang dijelaskan di entry itu dan cara untuk Aqiqah dengan mudah bersama eQurban.com. Sedikit penerangan tentang eQurban.com ; 
eQurban Resources sebuah syarikat peneraju qurban dan aqiqah di Kemboja menyediakan package Aqiqah Ramadan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM250 untuk satu bahagian lembu dan RM550 untuk seekor kambing.

Menyemak Saman kini lebih mudah dan entry ini telah memberitahu cara untuk semak saman AES Online. Entry ini juga telah berada di first page google dengan keyword "semak saman AES" dan memang tidak dinafikan trafik di blog ini massyukkk!

Di Malaysia, rakyatnya suka makan di Hotel dan Restoran. Lagi-lagi pada bulan Ramadhan. Jadi, entry ini menghidangkan tempat-tempat yang sedap untuk dinikmati.

Entry yang paling meleTOP sepanjang 2012-2014. Entry yang mengongsi waktu imsak dan berbuka puasa. Sebanyak 9,400 yang menyebarkan artikel ini.

Memang susah untuk menandingi bilangan penge"share" entry di blog www.Denaihati.com. Entry yang sangat bermanfaat dan memberi faedah untuk orang ramai. Semoga mendapat ganjaran daripada Allah. Inilah kerja yang mudah untuk mendapatkan pahala. Yang penting niat tu. Jangan nak share entry semata mata kejar duit , trafik , femes dan macam-macam lagilah. 

Aku menjadikan www.Denaihati.com sebagai  "otai" kerana berbagai-bagai kita boleh dapat melaluinya. Selain dapat tips blogging kita juga dapat cara untuk membuat amal kepada orang lain :)