/*

25 Apr 2014

63 Hari menuju Ramadhan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Entah kenapa harini aku update entry berkenaan Ramadhan. Tetibe je tadi aku teringatkan Ramadhan. Mungkin aku merindui Bulan yang Mulia ini. Sangat bertuah kepada sesiapa yang masih bernyawa untuk menemui bulan Ramadhan ini pada tahun ini. Kalau ade rezeki, InsyaAllah kita semua akan berjumpa dengannya :)

Pejam celik , pejak celik *jangan pejam tak celik2 sudah* lagi 63 hari kita akan menuju Ramadhan bulan yang Mulia ini. Sungguh aku tidak sedar yang Ramadhan menghampiri kita semua. Banyak benda yang kita fikir sehinggakan kita terlupa bulan yang penuh bermakna untuk semua umat Islam.


Aku mengharapkan Ramadhan kali ini Ramadhan yang penuh bermakna bagi aku. Aku berazam ingin memanfaatkan bulan Ramadhan ini sebaik mungkin. Jom sama-sama kita beristiqamah :)


Adakah anda bersedia untuk Ramadhan?


No comments:

Post a Comment