/*

24 Apr 2014

Antara Matrikulasi dengan Diploma yang mana lebih baik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Antara Matrikulasi dengan Diploma yang mana lebih baik? | Dalam hal untuk mencari kebaikan atau keburukan, kita sume sedia maklum bahawa setiap perkara itu didatangkan dengan kedua-dua nya. Konsep ini bukan sahaja terdapat dalam agama Islam tetapi juga semua agama sebagai contoh konsep Yin Yang. So dalam hal antara matrikulasi dan juga diploma, dapat disimpulkan kedua-dua nya ada baik dan ade buruk bergantung kepada cita-cita atau kerjaya yang korang ingin ceburi.

Matrikulasi lebih baik? 
Matrikulasi merupakan institut yang boleh dianggap sebagai batu loncatan. Ini kerana, tempoh pengajian di matrikulasi hanya la 1 tahun (2 tahun pun dh ade sekarang klu x silap aku) dapat menjimatkan masa tempoh pengajian. Selain itu, lepasan matrikulasi mempunyai kouta yang ditinggi untuk ditawarkan bagi program ijazah sarjana muda di IPTA seluruh negara. Memudahkan mereka untuk mengikuti kursus yang berkaitan kerjaya yang diidamkan di IPTA.

Namun begitu, matrikulasi hanya menyediakan bidang sains (fizikal & hayat) dan juga perakaunan. So hanya pelajar2 yg bercita2 untuk menjadi doktor, engineer dan juga yang berkaitan akaun dapat menikmati kelebihan matrikulasi ini sebagai batu loncatan ke IPTA. Selain itu, tempoh mase yang pengajian yang singkat ini juga, menyebabkan ramai pelajar tidak dapat catch up terhadap subjek2 yang diambil, justeru itu ramai yang kecundang seperti yang tertulis dalam Harian Metro. Satu lagi, sijil matrikulasi tidak laku untuk sebarang kerjaya.

Diploma pun baik?
Bagi pengajian di peringkat diploma plak, berbanding dengan matrikulasi, 3 tahun diperlukan bagi seseorang sebelum mendapat sijil diploma. Tempoh masa yang agak panjang. Lepasan diploma jugak dikatakan sukar untuk mendapat tempat di IPTA dalam bidang kritikal seperti, doktor dan engineer. So bagi mereka yang ingin menjadi doktor, elakkan daripada mengambil sijil diploma.

Kebaikan diploma yang paling penting adalah, sijil diploma laku untuk untuk sebarang kerjaya berbanding sijil matrikulasi. Selain itu, diploma menawarkan pelbagai jenis kursus, seperti perhotelan, IT, dan berbagai lagi yang tidak terdapat di matrikulasi. So sekiranya korang nk jadi designer amik la diploma jangan ngade2 nk masuk matrikulasi.

So sekali lagi nk simpulkan, antara matrikulasi dan diploma yang mana lebih baik itu semua nya bergantung kepada cita-cita korang and kesungguhan korang nk belajar dan berjaya. Tidak ada jalan mudah dalam kehidupan. Ini pendapat aku.


Artikel di atas didapati daripada blog TheWayIThink

No comments:

Post a Comment