/*

19 Apr 2014

Duit vs Keluarga Bahagia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Duit? Duit? Duit?
Sekarang apa-apa bende sekalipun semuanya perlukan kertas yang berbentuk rectangle tue. Ibarat kalau takde kertas itu tak boleh hidup. Memang aku tak nafikan kenyataan di atas ini. Sampaikan, ibu bapa sanggup tinggal anak-anak di rumah bersendirian.

Anak-anak berkawan dengan siapa pun tak tahu. Anak buat apa dirumah pun taktahu. Ibu bapa sanggup berbuat demikian demi kertas yang dikatakan kalau takde tak boleh hidup. Apa guna hidup kalau asyik nak kejar kertas sahaja? Apa guna belajar tinggi-tinggi untuk kertas sahaja?


Walupun takde duit banyak, hidup dalam suasana bahagia sudah memadai bagi aku. Buat apa duit banyak kalau hidup tak tenteram. Sebagai contoh, duit kita banyak dan duit itu disimpan di dalam rumah. Nak tidur pun tak lena sebab takut perompak pecah masuk dalam rumah. See? Kalau nak pergi melancong ke tak boleh lama-lama. Takut hilang duit tu. Memang sangat-sangat tak tenang. 

Sebaik-baik perkara ialah bersederhana. Duit vs Keluarga Bahagia. Aku pilih Keluarga Bahagia!!!

2 comments: