/*

26 Apr 2014

Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati? | Setiap blogger pasti inginkan komen-komen yang membina di entry masing-masing daripada rakan blogger yang lain. Kalau takde rasa ini bermakna anda bukan BLOGGER SEJATI. *kehkehkeh* Memang tidak dinafikan aku ada rasa macam ni. Kalau takde orang komen rasa down je kan nak berblogging?

Aku pernah down untuk berblogging oleh sebab ini. Selalu kot. Hehehe. *nampak sangat cepat putus asa* Lagi-lagi kalau kita update entry ini dengan penuh bersungguh-sungguh. Sampaikan mengadap laptop/pc sampai berjam-jam untuk update entry, namun akhirnya tiada siapa pun nak komen. Time ni rasa nak bakar je laptop. Hahaahhaaha.

Adakah blog yang tiada komen tak bagus? Hmmm. Bagi aku tak juga. Mungkin ada faktor-faktor lain yang membuatkan perkara ini berlaku. Jangan lupa! Blogger yang famous sekarang seperti Denaihati , Fatin Liyana , Yuyu Zulaikha . Ben Ashaari , Hasrul Hassan dan lain-lain lagi juga pernah mengalami saat-saat yang sodih ni. Semua yang berjaya bermula dari bawah. Ingat tu!

Mengikut kajian yang aku kaji, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan entry kita tiada komen.

1- Design blog kurang menarik
Perkara ini juga penting kerana kebanyakan manusia melihat rupa dahulu baru isi kandungan. Hihihi ;3

2- Loading blog terlalu lambat
Kalau blog yang macam ni, memang aku pangkah terus. Buang masa je. Masa itu emas tauuu. :p

3- Entry kurang menarik
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah ini kene banyak membaca blog otai-otai. Aku syorkan blog www.denaihati.com kerana entrynya ada daya penarik sampaikan aku ketagih nak baca blog ini. Serius!

4- Kurang komen di entry blogger lain
Nak jadi blogger kene rajin *pesan kepada diri sendiri. haha* Jangan kedekut sangat nak komen entry blogger lain.

5- Blog kurang dikenali
Cara untuk memasarkan blog anda ialah dengan menganjurkan giveaway , segmen atau contest. Ataupun join giveaway,segmen atau contest blogger lain dan jangan lupa blogwalking!

Taknakkah anda mendapat ratusan komen di blog seperti blog Denaihati? Memang akulah manusia yang paling gembira di dunia kalau setiap entry mendapat ratusan komen. Rasa diri ni dah famous. Hahaha. Kalau boleh nak buat kenduri kesyukuran je. Kehkehkehh..

Berikut ialah entry blog denaihati yang paling banyak mendapat komen sepanjang 2012 sehingga 2013.

10. iPhone 4S Gadget Impian Cikgu Naman
Mendapat sebanyak 850 komen dan 292 sebaran daripada rakan blogger.

9. Melastik Bintang Usaha Untuk Capai Matlamat
Mendapat sebanyak 906 komen dan 374 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

8. Samsung Galaxy Tab 10.1 Gadget Impian Zulseffort
Mendapat sebanyak 960 dan 729 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

7. iPad 2 Gadget Impian Hans
Mendapat sebanyak 1035 dan 273 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

6. Jadual EURO 2012
Mendapat sebanyak 1278 dan 21 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

5. iPhone 4S Gadget Impian Yanmie
Mendapat sebanyak 1601 dan 2200 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

4. Euro 2012 Juara pilihan Lelaki Kacak
Mendapat sebanyak 1960 dan 119 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

3. Nikon D90 gadget Impian MJ
Mendapat sebanyak 2522 dan 299 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

2. iPhone 4S Gadget Impian PuanBee.com
Mendapat sebanyak 3445 dan 1400 sebaran daripada rakan-rakan blogger.


Dan yang paling banyak ialahh........

1. Macbook Air Gadget Impian Ariff Shah
Mendapat sebanyak 3480 dan 2100 sebaran daripada rakan-rakan blogger.

Wahh! Memang terbeliak mata tengok komen-komen yang diperoleh daripada entry di blog www.denaihati.com ini. Taktau macam mana yang dibuat oleh Team Denaihati Network supaya mendapat komen yang banyak. Ini bukan ratusan tapi ribuan komen!!!!

Sebelum saya berhenti menulis, saya ingin memberi tips kepada pembaca blog macam mana nak dapatkan komen macam blog denaihati :)

1. Hasilkan entry yang memikat hati pembaca.

2. Tuliskan isu atau persoalan diperenggan yang terakhir.

3. Rajin blogwalking blog dan komen entry blogger lain.

4. Reply setiap pertanyaan daripada blogger lain.


Saya akhiri entry ini dengan lafaz Soda kallah Hul Azim.. Semoga anda mendapat manfaat daripada entry ini yaaa! :)

3 comments:

  1. singgah sini. Wah, banyaknya komen.

    ReplyDelete
  2. Ada entri denaihati yang lagi banyak komen ... ada baca kat blog Encik Titan

    ReplyDelete
  3. gila ke beriban. gigihnya. hebat betul denaihati.

    ReplyDelete