/*

11 Apr 2014

Kenapa SAHABAT susah dicari?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Kawan dan Sahabat maksudnya lain. Kawan ialah orang yang bersama kita ketika senang sahaja dan sahabat ialah orang yang bersama kita di saat senang dan di kala susah. Yang sahabat inilah yang dikatakan susah nak dicari. Kawan? Senang je nak cari. Kat tengah jalan pun boleh je dapat.

Kadang-kadang kita menganggap seseorang itu SAHABAT tetapi sebaliknya. Dia tikam belakang kita. Depan kita baik je, belakang punya lah jahat. Orang yang macam ni boleh pegi mampus! Maaf TERemo sikit sebab aku pernah jumpa dan alami kawan yang jenis macam ni. 

Aku pasti ramai je yang pernah kene ngan orang camni kan? Orang yang macam ni memang layak diterajang berjemaah. Kawan pula ada yang jenis suka merajuk. Tegur sikit je merajuk. Tegur banyak je menangis. Kalau bab nak kata kat orang nombor satu bila . Kalau balas balik merajuk. Ada spesies yang kaki kikis duit. Masa kita ada duit , mulalah dia datang kat kite dan suruh belanja bagai. Dan bila kita dah miskin/ada masalah batang hidung pun tak nampak. 

SAHABAT? Memang susah dicari bila sudah jumpa kitalah orang yang paling bahagia di dunia ini. Sebaik-baik sahabat ialah sahabat yang menegur sahabatnya dan sahabatnya menerima teguran itu

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya : 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut. ”
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung- hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Nota ketiak : Mempunyai masalah bau badan? Boleh refer entry INI. Thankyou!

8 comments:

  1. diterajang berjemaah eh??haha..lawak lah..sabar yaaa...org nie perangai macam2... time senang berduyun2 datang...time ssh semua menyorok... fitrah manusia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. spesies yg macam ni lah wajib diterajang. Tahu nak pentingkan diri sendiri jerr ..

      Delete
  2. sabarlah kadang kita di uji dalam bersahabatan... untuk dapat sahabat yang baik kita juga perlu jadi sahabat yang baik juga.. bersahabatanlah kerana ALLAH pasti tidak terasa sakit ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu :) Ikhlas kerana Allah itu sgt pentingg (Y)

      Delete
  3. Sahabat tu enak lagi kalau hang ubah kepada kawan... Sahabat nie lagi baik dari kawan... Hahaha... Just in my opinion je la...

    ReplyDelete
  4. tak jumpa lagi kot sahabat setakat ni :'(

    ReplyDelete
  5. sahabat, ado2.. sahabat ni kalau dia tolong kita, kita tak payah ucap terima kasih, sendiri paham.

    ReplyDelete