/*

8 Apr 2014

Resepi Chocolate Rice Crispy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!



Bahan-Bahan yang diperlukan :
2 bar coklat Mars – standard size 53g
2 sudu besar golden syrup
90gm mentega
3 cawan rice krispies
500 gm coklat masakan atau secukupnya

Cara-Cara :
Coklat mars dipotong kecil2.
Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam pan atau periuk kecil.
Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata.
Masukkan rice krispies. Gaul sehingga rata.
Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.
Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan2 sehingga padat dan rata.
Buat sehingga siap. Ketepikan.
Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler.
Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.
Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.
Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.

1 comment:

  1. Salam ... bole tanye..golden syrup tu mcm madu ke?kalau ganti dgn madu bole ke? :D

    ReplyDelete