/*

5 Jun 2014

Rakyat Malaysia suka mengkritik?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Mungkin tajuk entry aku kali ini agak panas dan mungkin ada yang terasa. Hmm. Bagi aku, siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Hehe. 

Mengkritik bermaksud membantah dengan menyatakan yang buruk dan lemah terhadap sesuatu perkara tidak kiralah dengan perkataan yang baik atau kasar. Haa. Inilah yang aku nak kata ni. Rakyat Malaysia ni suka mengkritik. 

YA. Tak kiralah laki ke perempuan ke sama je. Malahan bapok pun ade tau. Hahahaha. Ingatkan bapok ni keje dia nak solek menyolek diri je. Rupanya ada juga yang jenis suka kritik. Wahahaaha. Semua jenis perkataan yang di'taip' . Mungkin mereka rasa puas hati kot lepas mengkritik ni. Mungkin kritik-kritik menjuadi hobi sejak kecil lagi. Bagus2. Dapat menambahkan penulisan korang dan juga dapat mengisi masa lapang. 

Memang kritik tu bagus tapi kalau semua benda nak kritik itu yang tak berapa nak bagus. Kalau kritik dengan ayat dan lenggok bahasa yang sopan tu boleh jugak diterima . Tapi dorang ni sampaikan keluar perkataan-perkatan yang ... MasyaAllah..

Nasihat aku kepada PENGKRITIK YANG BERJAYA ni teruskan mengkritik tetapi kritiklah dengan baik dan kritiklah apa yang patut sahaja. Gunalah bahasa yang baik kerana bahasa menunjukkan personaliti kita. So, Wat lek Wat Peace :)

Nota Ketiak : 

4 Jun 2014

WW: Duit 8Share dah dapat!! Yeayy!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Cashout hari Jumaat minggu lepas, dan hari ini dah dapat. Terima Kasih 8Share. Dah lama aku tak merasa duit dari 8share. Lama kot aku simpan duit ni. Hahaha. Terima Kasih 8Share , Terima Kasih PengKLIK dan Terima Kasih YA ALLLAH!!

3 Jun 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

*KLIK BANNER*

Hadiah :
Wang Tunai RM50.00 + 1 Sabun Pemutih Carawhite bernilai RM 60.00  x 10 Pemenang

(Pemenang akan dipilih secara random)

2 Jun 2014

Hadiah daripada Denaihati Network dan Boss Nikko Placenta White

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Yippie! Dapat hadiah lagi hasil dari blogging.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada aku. Walaupun sedikit di mata korang, bagi aku sangat bermakna. Boleh lah aku guna duit ni untuk keperluan. Tanpa usaha dan penat lelah, semuanya ini takkan terhasil.

First, dapat hadiah daripada Denaihati Network. Kalau korang follow up entry aku yang lepas-lepas, aku selalu update dapat hadiah daripada diorang kan? Actually, aku buat cemni sebab aku menghargai Denaihati Network dan aku nak korang jugak berusaha untuk join contest daripada dorang. Senang je kalau nak join, selalu singgah blog www.Denaihati.com dan join group Denaihati Network. Jangan lupa Like Fanpage Denaihati Network.

Aku sentiasa singgah blog, group , Fanpage Denaihati Network. Seriously, memang kadang-kadang cabaran yang diberi mereka sangat susah. Tapi korang jangan putus asa! Cuba dulu dan menang tak menang itu soal kedua. Yang penting CUBA.

Kali ini, aku hasil menang hasil daripada entry Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati? . Alhamdulillah! Berkat usaha dan penat lelah aku menjadi salah seorang yang berjaya menyertai cabaran ini.

Second, dapat hadiah daripada Boss Nikko Placenta White. Aku ada join contest review produk daripada Terbaek Network. Mula-mula aku tengok entry mengenai contest ni, memang aku berminat then bookmark dulu entry tu. Lepas beberapa minggu tu, aku pegi balik kat entry tu dan tengok lebih dari 30 orang penyertaan. Masa tu aku rasa ragu-ragu nak join sebab aku tengok ramai yang mengreview produk Nikko Placenta White dengan kreatif. Memang terus putus asa lah masa tu dan terus pangkah entry tu.

Tapi, keesokannya aku pergi balik ke entry tu. Aku nekad kali ni nak join , aku buat entry ni selamat 3-4 jam kot rasanya. Lenguh badan sakit badan sebab lama mengadap menatang laptop ni. Aku berusaha edit gambar satu-satu demi mengkreatifkan entry review tu.

Dan hasilnyaaa .. Entry ini Nikko Placenta White Rahisa Wanita Anggun dan Menawan . Alhamdulillah menang tempat saguhati. Walaupun tempat saguhati, banyak juga nilainya. Alhamdulillah :)

Daripada Denaihati Network

Dari Boss Nikko Placenta White

Nota Ketiak : Denaihati Network akan mengadakan satu contest. Hadiahnya berupa sebuah gadget iPhone 5s. Jom selalu jenguk www.Denaihati.com.

1 Jun 2014

Holiday, Holidiy Holiduy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Perasaan cuti sekolah!!! hahaha

Bismillahirrohmanirrohimm..

Dah lama aku tinggalkan harta pusaka aku ini. Tak terjenguk dan tak terupdate entry. Busy? Takdelah busy sangat macam Pegawai. Ini angkara sifat malas menguasai nafsu . Hahaha. Memang malas sangat nak memerah otak ni haa.

Seminggu sebelum cuti, aku ade exam untuk pertengahan tahun. 3 hari je exam diadakan dan bagi aku kenapa lah rushing sangat. 3 subjek satu hari. Ya Allah! Tak sempat kot nak study semua. Aku belek-belek yang berkenaan je. Yang mana masuk, alhamdulillah. Yang aku tak baca, ada masuk jugak, Nauzubillah. Tawakkal je. Harap tak menurun lahh result untuk PKBS 2 ni. Aminn Ya Rabbal Alamin :')

Dann.. Selepas exam , hari sabtu tu 24/5 aku ngan family kene naik Shah Alam untuk hantar kakak aku masuk Kolej Matrikulasi di Negeri Sembilan. Menumpang dua malam di rumah Pak sedara aku tu haa di Shah Alam. Happening lah tapi banyok letih wooo.

Aku pergi ke Kolej Matrik tu dengan Pak Sedara aku. Dia yang jadi penunjuk jalan kot dan ayah aku follow dari belakang. Actually, sama-sama taktahu . Lahh.. Dengan menggunakan teknologi zaman sekarang, sampai jugak ke sana.

Selepas urusan pendaftaran bagai tu , kene check in asrama. Asrama kat belakang sekali , bilik pulak atas sekali. Kene naik bukit , turun bukit . Jauhh woo. Dengan berjalan kaki sahaja. Sumpah aku tak naik dah lepasni melainkan kalau dengan kete. Huhuu. Tapi takpe muka control macho walaupun dalam hati dah berbara.. Nasib baik, lepas tu kete dah boleh naik. So, kami turun dengan kerete lah lepas tu. Fuhh!

Nahh! Setempek gambar. Eh, Eh, siapa yang pakai baju putih hitam dan paling tinggi sekali tu? Hahaha

Aku stop sini je lah. :) Tolong doakan aku mendapat keputusan yang baik dalam exam pertengahan tahun :') 


Nota Ketiak : Salam Takziah kepada Mak Dara atas pemergian suaminya iaitu Encik Martias Ali. Al-Fatihah :')