/*

1 Jun 2014

Holiday, Holidiy Holiduy

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Perasaan cuti sekolah!!! hahaha

Bismillahirrohmanirrohimm..

Dah lama aku tinggalkan harta pusaka aku ini. Tak terjenguk dan tak terupdate entry. Busy? Takdelah busy sangat macam Pegawai. Ini angkara sifat malas menguasai nafsu . Hahaha. Memang malas sangat nak memerah otak ni haa.

Seminggu sebelum cuti, aku ade exam untuk pertengahan tahun. 3 hari je exam diadakan dan bagi aku kenapa lah rushing sangat. 3 subjek satu hari. Ya Allah! Tak sempat kot nak study semua. Aku belek-belek yang berkenaan je. Yang mana masuk, alhamdulillah. Yang aku tak baca, ada masuk jugak, Nauzubillah. Tawakkal je. Harap tak menurun lahh result untuk PKBS 2 ni. Aminn Ya Rabbal Alamin :')

Dann.. Selepas exam , hari sabtu tu 24/5 aku ngan family kene naik Shah Alam untuk hantar kakak aku masuk Kolej Matrikulasi di Negeri Sembilan. Menumpang dua malam di rumah Pak sedara aku tu haa di Shah Alam. Happening lah tapi banyok letih wooo.

Aku pergi ke Kolej Matrik tu dengan Pak Sedara aku. Dia yang jadi penunjuk jalan kot dan ayah aku follow dari belakang. Actually, sama-sama taktahu . Lahh.. Dengan menggunakan teknologi zaman sekarang, sampai jugak ke sana.

Selepas urusan pendaftaran bagai tu , kene check in asrama. Asrama kat belakang sekali , bilik pulak atas sekali. Kene naik bukit , turun bukit . Jauhh woo. Dengan berjalan kaki sahaja. Sumpah aku tak naik dah lepasni melainkan kalau dengan kete. Huhuu. Tapi takpe muka control macho walaupun dalam hati dah berbara.. Nasib baik, lepas tu kete dah boleh naik. So, kami turun dengan kerete lah lepas tu. Fuhh!

Nahh! Setempek gambar. Eh, Eh, siapa yang pakai baju putih hitam dan paling tinggi sekali tu? Hahaha

Aku stop sini je lah. :) Tolong doakan aku mendapat keputusan yang baik dalam exam pertengahan tahun :') 


Nota Ketiak : Salam Takziah kepada Mak Dara atas pemergian suaminya iaitu Encik Martias Ali. Al-Fatihah :')

No comments:

Post a Comment