/*

2 Jun 2014

Hadiah daripada Denaihati Network dan Boss Nikko Placenta White

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Yippie! Dapat hadiah lagi hasil dari blogging.

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah S.W.T yang memberi rezeki yang tidak disangka-sangka kepada aku. Walaupun sedikit di mata korang, bagi aku sangat bermakna. Boleh lah aku guna duit ni untuk keperluan. Tanpa usaha dan penat lelah, semuanya ini takkan terhasil.

First, dapat hadiah daripada Denaihati Network. Kalau korang follow up entry aku yang lepas-lepas, aku selalu update dapat hadiah daripada diorang kan? Actually, aku buat cemni sebab aku menghargai Denaihati Network dan aku nak korang jugak berusaha untuk join contest daripada dorang. Senang je kalau nak join, selalu singgah blog www.Denaihati.com dan join group Denaihati Network. Jangan lupa Like Fanpage Denaihati Network.

Aku sentiasa singgah blog, group , Fanpage Denaihati Network. Seriously, memang kadang-kadang cabaran yang diberi mereka sangat susah. Tapi korang jangan putus asa! Cuba dulu dan menang tak menang itu soal kedua. Yang penting CUBA.

Kali ini, aku hasil menang hasil daripada entry Kenapa entry kita tidak mendapat ratusan komen seperti blog Denaihati? . Alhamdulillah! Berkat usaha dan penat lelah aku menjadi salah seorang yang berjaya menyertai cabaran ini.

Second, dapat hadiah daripada Boss Nikko Placenta White. Aku ada join contest review produk daripada Terbaek Network. Mula-mula aku tengok entry mengenai contest ni, memang aku berminat then bookmark dulu entry tu. Lepas beberapa minggu tu, aku pegi balik kat entry tu dan tengok lebih dari 30 orang penyertaan. Masa tu aku rasa ragu-ragu nak join sebab aku tengok ramai yang mengreview produk Nikko Placenta White dengan kreatif. Memang terus putus asa lah masa tu dan terus pangkah entry tu.

Tapi, keesokannya aku pergi balik ke entry tu. Aku nekad kali ni nak join , aku buat entry ni selamat 3-4 jam kot rasanya. Lenguh badan sakit badan sebab lama mengadap menatang laptop ni. Aku berusaha edit gambar satu-satu demi mengkreatifkan entry review tu.

Dan hasilnyaaa .. Entry ini Nikko Placenta White Rahisa Wanita Anggun dan Menawan . Alhamdulillah menang tempat saguhati. Walaupun tempat saguhati, banyak juga nilainya. Alhamdulillah :)

Daripada Denaihati Network

Dari Boss Nikko Placenta White

Nota Ketiak : Denaihati Network akan mengadakan satu contest. Hadiahnya berupa sebuah gadget iPhone 5s. Jom selalu jenguk www.Denaihati.com.

7 comments: