/*

5 Jul 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Alhamdulillah.
Semua umat Islam di Malaysia sudah seminggu menjalani ibadah puasa. Bulan yang penuh keberkatan inilah yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia. Di bulan ini, semua bapak anak segala syaitan dan jin dikurung , pintu neraka ditutup dan pinta syurga dibuka seluas-luasnya.

Jalan-jalan terjumpa hantu,
Bagi terajang terus mati,
Budak hensem nak gitau sesuatu,
Tempat Buffet Ramadhan yang paling sodap!!

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Sempena Ramadhan yang akan tiba, aku ingin mewawarkan sesuatu yang menarik. Syarikat Ombak Creative menyediakann buffet Ramadhan untuk anda semua. Aku sangat yakin dalam bulan puasa ini memang kita nak makanan yang dimasak sendiri oleh ibu atau isteri tercinta.

Tapi...
Rilekkk Adikk Manis!!

Tapi mesti ada one dua tiga four day, ibu atau isteri tercinta malas nak masak.  Tu laa. Korang asyik komplen masakan diorang, kan dah majuk. Hahaha. Lain kali masak aje apa yang dimasak, kenyang ke tak itu belakang ceritaaa! hahaha. Yang penting bini happyy. Lalala~ 
Cerita laki bini kita lupakan sekejap. Kehkehkeh

Aku nak syorkan pada korang tempat istimewa untuk "open fasting" . Buffet ramadhan Casa Ombak merupakan tempat yang aku paling syorkan. Hidangan di sini memang menarik tertarik dan pasti ia tidak mengecewakan anda semua. Kalau korang kecewa? Percaya lah kat aku ni, pasti tak kecewa malah membuatkan isteri tercinta cintun anda tersenyum sampai sahur dan sampai raya terus.


Informasi tentang Ombak Creative
Ombak Creative adalah sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn Bhd. Telah menjalankan pengurusan event lebih daripada (10) tahun. Team Ombak Creative berpengalaman menguruskan catering, majlis perkahwinan, majlis koperat dan persendirian.
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Ombak Creative menyediakan promosi Buffet Ramadan. Ia terbuka untuk sesiapa yang ingin membuat tempahan.

5 Sebab Kenapa Korang Harus Berbuka di Buffet Ramadhan Casa Ombak
Buffet Ramadhan Casa Ombak
1- Masakan Kampung Yang Original

Masakan kampung memang digilai oleh semua orang kerana dari kampung kita berasal. Kalau bukan kita, keturunan kita. Buffet Ramadhan Casa Ombak berkonsepkan masakan kampung yang betul-betul kampung. Celup-celup takda ye. Hahaha. Kalau sebut masakan kampung je mesti teringatkan Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak dan banyak lagilah. Jadi, sesiapa yang ingin rasa Masakan Kampung yang Asli, sila ke Buffet Ramadhan Casa Ombak.

2- Suasana Yang Santai & Nyaman
Tempat untuk nikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak ini dikelilingi suasana garden yang santai di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Suasana Garden ini biasanya segar dan nyaman. Jadi, anda boleh berbuka tanpa rasa panas kerana tempat yang ada pokok banyak inilah tempat yang rasa sejuk. Sejuk natural orang kata dan anda boleh menghirup udara yang segar bugar tanpa sedut benda yang tak sepatutnya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak
3- Chef yang sangat berpengalaman
Sebuah restoran sudah tentunya mempunyai tukang masak. Yang berbezanya, tukang masak itu pandai masak atau tidak. Tapi, di Buffet Ramadhan Casa Ombak mempunyai chef sangat berpengalaman. Sudah tentu kalau masakan daripada chef yang berpengalaman ini sangat sedap sampai tak terkata. Korang wajib cuba try test masakan diorang ni. Mungkin lagi sedap dari masakan Chef Wan. Hahaha

4- Kemudahan Pelanggan Disediakan

Kemudahan apakah itu? Haa. Tempat letak kenderaan disediakan. Korang tak perlu parking di tepi jalan. Semua boleh parking jangan berebut-rebut. Surau juga disediakan untuk korang solat Maghrib. Dan yang paling penting Wifi boleh korang connect secara PERCUMA. Jadi, kepada yang kaki online tu bolehlah lepak sini. Korang boleh snap gambar dan terus upload ke Fb,Twitter,Instagram,Blog or pape je lah. Memang terbaik lah Buffet Ramadhan Casa Ombak ni.

5- Tersedia juga Instant Cook Stall Corner
Hidangan Masakan Goreng di Buffet Ramadhan Casa Ombak
Masakan segera juga ada di Buffet Ramadhan Casa Ombak ini. Apa yang takde , semua ada disana! Kepada yang membawa anak ke sana, sudah tentu anak korang suka masakan segera ni. Korang pergi je stall-stall yang disediakan itu. Pasti anak anda turut kenyang juga :)

Di mana Buffet Ramadhan Casa Ombak ini?

Casa Ombak Sdn. Bhd.
No.22 Jalan Damai 
Off Jalan Ampang, 
55000 Kuala Lumpur.

Sungguh strategik tempat untuk nikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak. Tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Lumpur. Betul-betul di tengah bandar. Korang boleh pergi awal sikit sebab biasanya kalau kat bandar ni jem lah dekat-dekat nak berbuka puasa.

Buffet Ramadhan Casa Ombak 

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak

Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )

Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.
Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Tempahan Boleh Dibuat Melalui:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001 
Tel : 03 21818750 
Call/Whatsapp : 013 624 1417 
Call/Whatsapp : 012 662 1062 
Facebook page : Ombak Creative 

Berita Baik!!
Anda boleh dapatkan Voucher Buffet Ramadhan Casa Ombak. Jadi, rebutlah peluang untuk dapatkan voucher ini dengan berbuka puasa di sana. InsyaAllah, ada rezeki dapatlah voucher diskaun ataupun voucher percuma. 

Contoh Voucher Buffet Ramadhan Casa Ombak

Anak Gajah belajar Selfie,
Mati terkejut si anak kerang,
Sungguh murah lagi berbaloi,
Mu Tunggu Aku Datang!!!


Akhir kata, jemputlah sama-sama untuk nikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak dengan segera. Aku nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa. Jangan ponteng puasa yawww!

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD