/*

31 Aug 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Malaysia...
Disini lahirnya sebuah cinta.....

Alhamdulillah.
Hari ini 31 Ogos 2014 dan sudah 57 Tahun negara kita merdeka. Pada hari ini kita semua rakyat Malaysia menyambut hari keMERDEKAan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T yang sudah memberi keamanan , kesejahteraan dan kedamaian di negara tercinta kita iaitu Malaysia. Suasana harini di tempat aku sangat mendamaikan dan baik sekali. Angin pun bertiup seperti sepoi sepoi bahasa. Seakan-akan suasana juga menyambut kemerdekaan yang ke 57 ini.

Apakah erti kemerdekaan kepada kita? Kadang-kadang kanak-kanak hanya pandai melaungkan perkataan "MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!" tetapi tidak tahu maksudnya apa. Haaa. Inilah peranan orang yang lebih tua. Jangan sampai generasi akan datang hilang semangan patriotik dan tidak tahu apa-apa tentang kemerdekaan. 

Bagi aku, erti kemerdekaan ialah bebas daripada penjajah di negara kita dari segi jasmani dan rohani. Kita bebas melakukan apa saja di negara kita tercinta tanpa halangan. Tetapi persoalannya sudah cukup merdekakah kita? Kenapa ramai lagi berpakaian seperti penjajah-penjajah, berperangan seperti mereka dan macam-macam lagi.? Jawapannya tepuklah dada , tanya iman :)

Marilah kita hayati bait-bait kata Ustaz Azhar Idrus mengenai KEMERDEKAAN.. Jangan melenting sudah . Kalau terasa , sila muhasabah dan lakukan perubahan dalam diri.


Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. - Andre Colin

Perasaan aku apabila menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia tersangatlah bersyukur kerana aku lahir je di muka bumi ini, sudah ada kemudahan dah tidak susah seperti nenek moyang kita dahulu. Nenek moyang kita dulu sangat susah dan sanggup bergadai nyawa demi negara yang kita duduki sekarang. Kita sekarang ni goyang kaki je. Lebih teruk lagi, siap ada rakyat MALAYSIA yang menghina negara sendiri. MasyaAllah!

Semalam dalam pukul 2.00 petang aku tengok cerita Bukit Kepong. Mula-mula tu aku langsung tak berminat dengan cerita ini memandangkan tiada pelakon yang tersohor. Hahaha. Tetapi Ummi aku nak tengok jugak. Tertengok jugaklah aku. Ya Allah! Sungguh jahat Komunis ni. Aku sampai menyumpah seranah dengan komunis ini. Sangat tidak berhati perut.

Tetapi aku bangga dengan Polis kerana walaupun sedikit je pasukan mereka, mereka tetap tak berputus asa. Sehingga ke titisan darah terakhir pun mereka tetap tidak berubah pendirian. Mereka ingin berjuang habis habisan untuk negara kita yang tercinta ini. Aku sangat bangga dengan PEWIRA-PEWIRA negara :D

Malaysia...
Disini lahirnya sebuah cinta.....

Di bumi bertuah ini, cinta telah berputik.. Cinta akan negara kita , Cinta akan nusa , Cinta akan bangsa , Cinta akan agama dan Cinta akan bumi bertuah ini. Jika kita mencintainya , jagalah dia dengan sepenuh hati. Jangan jadikan sejarah dahulu berulang kembali. Sejarah hitam inilah yang menyeksa nenek moyang kita dahulu.

Blogger DENAIHATI pernah menyatakan di dalam entrinya :

Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Dipetik dari artikel Denaihati

Sungguh mendalam kata-kata Tuan Haji Amir Hassan @ Founder Denaihati. Kita patut menjadikan sejarah yang lalu sebagai pengajaran untuk kita pada masa hadapan. Jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi yang betuah ini. Generasi zaman sekarang harus melindungi negara kita daripada anasir anasir luar..

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 :)

23 Aug 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger | Bunyi saja iPhone 5s, aku pasti peminat gajet di seluruh ceruk dunia akan buka mata luas-luas kerana iPhone 5s merupakan produk Apple yang agak latest dan serba canggih. Gajet ini dijadikan impian setiap blogger, bukan sahaja blogger tetapi semua manusia yang minat akan gajet-gajet. Kalau yang sudah memilikinya, anda orang yang beruntung dan kami orang yang sedang menunggu untung. hehee.

"Semakin lama, semakin canggih , semakin canggih , semakin ramai yang mahu memilikinya." 

Ayat ini sesuai untuk gajet impian setiap blogger iaitu iPhone 5s yang semakin digilai ramai terutama sekali haruslah warga blogger sekalian. Canggihnya tidak boleh nak luahkan dengan kata-kata , hanya yang menggunakannya sahaja yang tahu. Nampak tak uols kecanggihannya? Memang lah produk Apple yang paling latest ialah iPhone 6 tetapi aku tak nak cerita lagi pasai iPhone 6.. Kenapa? Suka hati aku lahhh. HAHAHAHA!

Terlalu banyak sebab kenapa aku ingin memiliki iPhone 5s dan sekaligus menjadikan iPhone 5s sebagai gajet impian. Aku ni boleh dikatakan sebagai peminat awek cun gajet jugaklah. Minat sahaja tetapi tak pernah nak rasa menggunakan gajet gajet yang canggih ni. Maklumlah budak sekolah lagi kann? Lainlah kalau aku ni anak Menteri ke Perdana Menteri ke, bolehlah aku borong sekali dengan kedai-kedai gajet.. Kahkahkah!

INFO CONTEST iPHONE 5s DENAIHATI 
Ini merupakan entry contest dianjurkan oleh blog DENAIHATI yang dilancarkan pada 12 Ogos dan tamat pada 24 Ogos 11.59 p.m. Sesiapa yang ingin memiliki 3 iPhone 5s sila jenguk ke blog www.denaihati.com.my . InsyaAllah jika ade rezeki, kita akan memilikinya. :)

Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.

FAKTOR YANG MENJADIKAN iPHONE 5S GAJET IMPIAN SETIAP BLOGGER


Seperti yang aku nyatakan di atas , memang banyak sangat faktor atau sebab aku nak sangat iPhone 5s ni. Namun begitu, aku nak nyatakan 3 sahaja sebab utama kenapa aku menjadikan iPhone 5s gajet impian setiap blogger .

1- MENGGANTIKAN TELEFON LAMA AKU
Telefon cap ayam itik angsa iaitu telefon three three ten milik aku yang dihadiahkan oleh ayah aku pada 3 tahun yang lepas. Pun begitu, telefon ini telah digunakan oleh mak, seterusnye kakak dan baru aku yang guna. Nampak tak? 3 keturunan uolss! Henfon ni berusia lebih 8 tahun rasanya sampai huruf keypad tu pun dah takde tapi aku boleh je taip mesej. HAHAHA.  Nampak tak betapa hebatnya aku? :p hahaha

Aku ingin memiliki iPhone 5s ini kerana aku nak jugak guna henfon yang canggih yang tidak perlukan keypad untuk menaip mesej. heehehee

2 - KAMERA YANG SUPER DUPER HEBAT
Memang tidak dinafikan bahawa aku ni juga peminat kamera. Bukan untuk selfie ye anak-anak, tapi untuk snap gambar alam semula jadi atau moment untuk dijadikan tatapan. Kamera iPhone 5s ini berkemampuan 8 megapixel. Ia juga dilengkapi mode Panaroma dan mengambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s. 

Contoh gambar yang diambil mengguna iPhone 5s :-
 
Ini contoh dalam keadaan sekeliling gelap dan suram. Tetapi dengan menggunakan kameera iPhone 5s, tetap cantik woo :)

Tangkap gambar yang jenis macam ni yang aku suka. Sungguh cantik tak terkata YA ALLAH!

Air tu nampak macam superb sangat. Walaupun hanya edit , tetapi sangat cantik. 

Telefon tanpa kamera yang cantik ibarat pokok tanpa buah yang tidak berguna bagi aku. Jika sebuah telefon yang mempunyai kamera yang kualitinya sama seperti kamera DSLR , itu adalah kepuasan bagi diri aku. Sumpah aku cakap, yang kamera iPhone 5s ini super duper hebat. 

3- RANGKA YANG KUAT & SADO

Well, lelaki biasalah. Telefon merata-rata dan kadang-kadang cuai atau orang kelantan panggil 'tebolah'. Dah dapat sesuatu, tetapi tak sayang atau maksud yang lain tak dibelai dengan kasih sayang. Itulah perangai aku. Henfon 3310 aku tu, jatuh beribu kali entah. Tetapi biasalah 3310 kann. hehehee. Tapi tak mustahil, aku dapat iPhone 5s ni *macam over confident je. hehe* aku juga akan buat macam telefon 3310 tu.

Yang istimewanya iPhone 5s ni, rangkanya kuat dan tidak mudah pecah. Jadi, kalau jatuh pun , InsyaAllah dengan izin Allah tidak akan pecah. Confirm! Jarang sekali kalau henfon mahal ni, kalau rangka kuat seperti 3310. Biasanya kalau jatuh tuh, ada lah retak retak tu. Itulah kelemahan henfon berjenama. Tetapi, iPhone 5s dibina untuk menjatuhkannya ke tanah :p hahahaa. 

Nahhh! Video orang sana buat test. Alololooo. Daripada buat test macam tu , baiklah bagi kat aku. Hahaha






"iPhone 5s ibarat crush kerana kita ingin memilikinya tetapi susah untuk mendapatkannya"

HARAPAN UNTUK CONTEST DENAIHATI
Entry ini sedaya upaya saya tulis dan terbitkan walaupun di saa-saat akhir. Pada mulanya, saya ingin terbitkan pada awal tarikh contest ini dilancarkan, tetapi sibuk dengan persediaan peperiksaan percubaan PT3. Alhamdulillah, sempat jugak harini saya terbitkannya. 

Harapan saya untuk contest ini, saya tidaklah mengharapkan kemenangan tetapi jika ada rezeki, saya terima sahaja. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memenangi hadiah iPhone 5s itu walaupun ramai blogger yang otai telah menyertainya. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada lah tuh :)

Antara blogger yang menaja contest ini :
Penaja Utama

Penaja Individu
http://www.enveeus.com

Sekian entry contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger saya :) Semoga berjumpa di lain entry. Hahahaa

22 Aug 2014

Lelaki perlu jadi PEWIRA dengan WIRA MALAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!




WIRA MALAM ialah supplemen untuk lelaki yang ingin menjadi wira pada waktu malam. Wira malam juga merupakan produk yang laris di pasaran. Produk ini mendapat permintaan yang tinggi sehingga kadang-kadang terpaksa menolak order-order kerana stok amatlah terhad. 

Kenapa?

Kerana produk WIRA MALAM sangat berkesan dan bukanlah sekadar cakap kosong yang cuba mengaut keuntungan semata-mata. Produk ini ingin membantu kaum adam yang mempunyai masalah dalaman. Memang berkesan dan sangat berkesan. Beli sekali, pasti nak order lagi.


APA KATA PENGGUNA?



FUNGSI WIRA MALAM
-Mengoptimalkan fungsi testosterone

-Membantu mereka yang mengalami masalah libido yang rendah

-Melancarkan peredaran darah

-Meningkatkan kualita sereksi dan tahan lama dengan cara melebarkan pembuluh darah

-Tidak menyebabkan jantung berdebar

-Meningkatkan produksi androgen (hormone seksualpria)

-Memperbaiki jumlah sperma lelaki

-Membantu menyihatkan tubuh jika diamalkan setiap hari



RAMUAN ISTIMEWA WIRA MALAM
-Butea Superba untuk mencegah ejakulasid ini
-Tongkat Ali bagi membantu meningkatkan tenaga seksual
-Ginseng untuk meningkatkan system ketahanan tubuh dan mengurangkan kadar kolestrol
-Saw Palmetto dimana ianya member efek anti-estrogen dan anti androgenic yang juga merupakan anti pembengkakan prostat
-Ashwag anda bagi meningkatkan kuantiti sperma dan tenaga lelaki
-Goji bagi meningkatkan kesuburan, menguatkan daya ingatan dan menyokong kesihatan buah pinggang
-Guarana untuk kunci awet muda dan sumber tenaga keremajaan utama bagi tubuh
- Epimedium untuk mengurangkan keletihan dan meningkatkan kadar testosterone lelaki
- Delima bagi membantu menurunkan tekanan darah, membantu mengawal berat badan dan mencegah nyerisendi
- Kismis untuk mencegah anemia, member tenaga dan menjaga kekuatan tulang
- Habbatussauda untuk menguatkan otot jantung, menambah tenaga dan anti penuaan dan juga mencegah kebotakan

Tapi ingat wahai semua pengguna Wira Malam!!
Beli lah yang asli kerana jika beli yang tiruan mungkin kesan sampingan akan anda rasai dan mungkin akan mengalami masalah penyakit yang lain. Jangan kerana inginkan produk yang murah, anda dijangkiti penyakit yang berbahaya. Sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita sama-sama mencegahnya.

CARA MENGENALPASTI PRODUK YANG ASLI


1. Pengesahan Melalui Visual
Lihatp erkataan “LS”daris udut serong 15 darjah


 2. PengesahanMelaluiSentuhan
Cetakan timbul yang dapat dirasa menggunakan jari




3. PengesahanMelalui QR Wechat
Imbas kod produkdan info akan diberikan




Nota :
1 QR kod hanya boleh di imbas 5 kali sahaja .
Sekiranya melebihi had, anda akan diberikan no telefon syarikat kami untuk pengesahan produk.
Pastikan beli barangan original kerana takutakan kesan sampingan.
Wechat ID : harummalam


ORDER WIRA MALAM 
Anda boleh layari laman facebook dan laman web produk wira malam ini :

Saya yakin lagi pasti yang produk WIRA MALAM mampu membuatkan jejaka idaman di luar sana menjadi PEWIRA pada waktu malam. hehehee. Try cuba test dulu baru tahu. Jangan lupa kongsikan feedback anda kepada saya. InsyaAllah akan berkesan.. :-)