/*

23 Aug 2014

iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger | Bunyi saja iPhone 5s, aku pasti peminat gajet di seluruh ceruk dunia akan buka mata luas-luas kerana iPhone 5s merupakan produk Apple yang agak latest dan serba canggih. Gajet ini dijadikan impian setiap blogger, bukan sahaja blogger tetapi semua manusia yang minat akan gajet-gajet. Kalau yang sudah memilikinya, anda orang yang beruntung dan kami orang yang sedang menunggu untung. hehee.

"Semakin lama, semakin canggih , semakin canggih , semakin ramai yang mahu memilikinya." 

Ayat ini sesuai untuk gajet impian setiap blogger iaitu iPhone 5s yang semakin digilai ramai terutama sekali haruslah warga blogger sekalian. Canggihnya tidak boleh nak luahkan dengan kata-kata , hanya yang menggunakannya sahaja yang tahu. Nampak tak uols kecanggihannya? Memang lah produk Apple yang paling latest ialah iPhone 6 tetapi aku tak nak cerita lagi pasai iPhone 6.. Kenapa? Suka hati aku lahhh. HAHAHAHA!

Terlalu banyak sebab kenapa aku ingin memiliki iPhone 5s dan sekaligus menjadikan iPhone 5s sebagai gajet impian. Aku ni boleh dikatakan sebagai peminat awek cun gajet jugaklah. Minat sahaja tetapi tak pernah nak rasa menggunakan gajet gajet yang canggih ni. Maklumlah budak sekolah lagi kann? Lainlah kalau aku ni anak Menteri ke Perdana Menteri ke, bolehlah aku borong sekali dengan kedai-kedai gajet.. Kahkahkah!

INFO CONTEST iPHONE 5s DENAIHATI 
Ini merupakan entry contest dianjurkan oleh blog DENAIHATI yang dilancarkan pada 12 Ogos dan tamat pada 24 Ogos 11.59 p.m. Sesiapa yang ingin memiliki 3 iPhone 5s sila jenguk ke blog www.denaihati.com.my . InsyaAllah jika ade rezeki, kita akan memilikinya. :)

Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.

FAKTOR YANG MENJADIKAN iPHONE 5S GAJET IMPIAN SETIAP BLOGGER


Seperti yang aku nyatakan di atas , memang banyak sangat faktor atau sebab aku nak sangat iPhone 5s ni. Namun begitu, aku nak nyatakan 3 sahaja sebab utama kenapa aku menjadikan iPhone 5s gajet impian setiap blogger .

1- MENGGANTIKAN TELEFON LAMA AKU
Telefon cap ayam itik angsa iaitu telefon three three ten milik aku yang dihadiahkan oleh ayah aku pada 3 tahun yang lepas. Pun begitu, telefon ini telah digunakan oleh mak, seterusnye kakak dan baru aku yang guna. Nampak tak? 3 keturunan uolss! Henfon ni berusia lebih 8 tahun rasanya sampai huruf keypad tu pun dah takde tapi aku boleh je taip mesej. HAHAHA.  Nampak tak betapa hebatnya aku? :p hahaha

Aku ingin memiliki iPhone 5s ini kerana aku nak jugak guna henfon yang canggih yang tidak perlukan keypad untuk menaip mesej. heehehee

2 - KAMERA YANG SUPER DUPER HEBAT
Memang tidak dinafikan bahawa aku ni juga peminat kamera. Bukan untuk selfie ye anak-anak, tapi untuk snap gambar alam semula jadi atau moment untuk dijadikan tatapan. Kamera iPhone 5s ini berkemampuan 8 megapixel. Ia juga dilengkapi mode Panaroma dan mengambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s. 

Contoh gambar yang diambil mengguna iPhone 5s :-
 
Ini contoh dalam keadaan sekeliling gelap dan suram. Tetapi dengan menggunakan kameera iPhone 5s, tetap cantik woo :)

Tangkap gambar yang jenis macam ni yang aku suka. Sungguh cantik tak terkata YA ALLAH!

Air tu nampak macam superb sangat. Walaupun hanya edit , tetapi sangat cantik. 

Telefon tanpa kamera yang cantik ibarat pokok tanpa buah yang tidak berguna bagi aku. Jika sebuah telefon yang mempunyai kamera yang kualitinya sama seperti kamera DSLR , itu adalah kepuasan bagi diri aku. Sumpah aku cakap, yang kamera iPhone 5s ini super duper hebat. 

3- RANGKA YANG KUAT & SADO

Well, lelaki biasalah. Telefon merata-rata dan kadang-kadang cuai atau orang kelantan panggil 'tebolah'. Dah dapat sesuatu, tetapi tak sayang atau maksud yang lain tak dibelai dengan kasih sayang. Itulah perangai aku. Henfon 3310 aku tu, jatuh beribu kali entah. Tetapi biasalah 3310 kann. hehehee. Tapi tak mustahil, aku dapat iPhone 5s ni *macam over confident je. hehe* aku juga akan buat macam telefon 3310 tu.

Yang istimewanya iPhone 5s ni, rangkanya kuat dan tidak mudah pecah. Jadi, kalau jatuh pun , InsyaAllah dengan izin Allah tidak akan pecah. Confirm! Jarang sekali kalau henfon mahal ni, kalau rangka kuat seperti 3310. Biasanya kalau jatuh tuh, ada lah retak retak tu. Itulah kelemahan henfon berjenama. Tetapi, iPhone 5s dibina untuk menjatuhkannya ke tanah :p hahahaa. 

Nahhh! Video orang sana buat test. Alololooo. Daripada buat test macam tu , baiklah bagi kat aku. Hahaha






"iPhone 5s ibarat crush kerana kita ingin memilikinya tetapi susah untuk mendapatkannya"

HARAPAN UNTUK CONTEST DENAIHATI
Entry ini sedaya upaya saya tulis dan terbitkan walaupun di saa-saat akhir. Pada mulanya, saya ingin terbitkan pada awal tarikh contest ini dilancarkan, tetapi sibuk dengan persediaan peperiksaan percubaan PT3. Alhamdulillah, sempat jugak harini saya terbitkannya. 

Harapan saya untuk contest ini, saya tidaklah mengharapkan kemenangan tetapi jika ada rezeki, saya terima sahaja. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk memenangi hadiah iPhone 5s itu walaupun ramai blogger yang otai telah menyertainya. InsyaAllah, kalau ada rezeki ada lah tuh :)

Antara blogger yang menaja contest ini :
Penaja Utama

Penaja Individu
http://www.enveeus.com

Sekian entry contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger saya :) Semoga berjumpa di lain entry. Hahahaa

6 comments:

  1. good luck and all the best!

    http://nikkhazami.blogspot.com/2014/08/iphone-5s-gajet-impian-setiap-blogger.html

    ReplyDelete
  2. Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini bro :-)

    ReplyDelete
  3. billion terima kasih sudi sertai cabaran iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses ke tugasan seterusnya
    p/s: ada ralat sikit, sila lihat FB message

    ReplyDelete
  4. Good Luck!

    Singgah blogwalking dari blog kak Mia :)

    Happy weekend!

    Jemput singgah
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete