/*

31 Aug 2014

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!


Malaysia...
Disini lahirnya sebuah cinta.....

Alhamdulillah.
Hari ini 31 Ogos 2014 dan sudah 57 Tahun negara kita merdeka. Pada hari ini kita semua rakyat Malaysia menyambut hari keMERDEKAan tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T yang sudah memberi keamanan , kesejahteraan dan kedamaian di negara tercinta kita iaitu Malaysia. Suasana harini di tempat aku sangat mendamaikan dan baik sekali. Angin pun bertiup seperti sepoi sepoi bahasa. Seakan-akan suasana juga menyambut kemerdekaan yang ke 57 ini.

Apakah erti kemerdekaan kepada kita? Kadang-kadang kanak-kanak hanya pandai melaungkan perkataan "MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!" tetapi tidak tahu maksudnya apa. Haaa. Inilah peranan orang yang lebih tua. Jangan sampai generasi akan datang hilang semangan patriotik dan tidak tahu apa-apa tentang kemerdekaan. 

Bagi aku, erti kemerdekaan ialah bebas daripada penjajah di negara kita dari segi jasmani dan rohani. Kita bebas melakukan apa saja di negara kita tercinta tanpa halangan. Tetapi persoalannya sudah cukup merdekakah kita? Kenapa ramai lagi berpakaian seperti penjajah-penjajah, berperangan seperti mereka dan macam-macam lagi.? Jawapannya tepuklah dada , tanya iman :)

Marilah kita hayati bait-bait kata Ustaz Azhar Idrus mengenai KEMERDEKAAN.. Jangan melenting sudah . Kalau terasa , sila muhasabah dan lakukan perubahan dalam diri.


Bangsa penakut tidak dapat merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan merupakan penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. - Andre Colin

Perasaan aku apabila menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia tersangatlah bersyukur kerana aku lahir je di muka bumi ini, sudah ada kemudahan dah tidak susah seperti nenek moyang kita dahulu. Nenek moyang kita dulu sangat susah dan sanggup bergadai nyawa demi negara yang kita duduki sekarang. Kita sekarang ni goyang kaki je. Lebih teruk lagi, siap ada rakyat MALAYSIA yang menghina negara sendiri. MasyaAllah!

Semalam dalam pukul 2.00 petang aku tengok cerita Bukit Kepong. Mula-mula tu aku langsung tak berminat dengan cerita ini memandangkan tiada pelakon yang tersohor. Hahaha. Tetapi Ummi aku nak tengok jugak. Tertengok jugaklah aku. Ya Allah! Sungguh jahat Komunis ni. Aku sampai menyumpah seranah dengan komunis ini. Sangat tidak berhati perut.

Tetapi aku bangga dengan Polis kerana walaupun sedikit je pasukan mereka, mereka tetap tak berputus asa. Sehingga ke titisan darah terakhir pun mereka tetap tidak berubah pendirian. Mereka ingin berjuang habis habisan untuk negara kita yang tercinta ini. Aku sangat bangga dengan PEWIRA-PEWIRA negara :D

Malaysia...
Disini lahirnya sebuah cinta.....

Di bumi bertuah ini, cinta telah berputik.. Cinta akan negara kita , Cinta akan nusa , Cinta akan bangsa , Cinta akan agama dan Cinta akan bumi bertuah ini. Jika kita mencintainya , jagalah dia dengan sepenuh hati. Jangan jadikan sejarah dahulu berulang kembali. Sejarah hitam inilah yang menyeksa nenek moyang kita dahulu.

Blogger DENAIHATI pernah menyatakan di dalam entrinya :

Malaysia sudah 57 tahun Merdeka tetapi adakah kita sudah merdeka atau kita juga semakin hilang bersama misteri sebuah bangsa yang hilang di timur jauh. Bangsa lain semakin mengorak langkah menguasai segala bidang di bumi tercinta Malaysia tetapi bangsa kita masih bercelaru dengan kuasa politik. Kita masih suka berpolimik di sosial media daripada mengubah jati diri menjadi manusia yang berjaya. Apabila gagal kita mencari berbagai alasan untuk tidak mahu berubah. Sayang betul kita dengan sifat dan tabiat lama walaupun ianya lansung tidak menguntungkan diri sendiri.
Dipetik dari artikel Denaihati

Sungguh mendalam kata-kata Tuan Haji Amir Hassan @ Founder Denaihati. Kita patut menjadikan sejarah yang lalu sebagai pengajaran untuk kita pada masa hadapan. Jangan biarkan akar sejarah tercabut dari bumi yang betuah ini. Generasi zaman sekarang harus melindungi negara kita daripada anasir anasir luar..

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 57 :)

6 comments:

  1. merdeka merdeka merdeka.

    kita merdeka fizikal, tapi bukan rohani.. ada betul kata kata UAI itu :)

    ReplyDelete
  2. billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.

    ReplyDelete
  3. apapun..tema kemerdekaan tahun ini memang best. gua suka. hoho

    ReplyDelete
  4. Hi ... Jalan-jalan dari Segmen Nak URL Blog #8 Mia Liana ... Jangan lupa singgah jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi

    ReplyDelete
  5. wahhh...semangat patriotik ni...

    p/s: Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #8. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/09/senarai-url-blog-8.html

    ReplyDelete
  6. Benar seperti apa yg dikata oleh mereka semua di atas. Happy blogging ^__^

    ReplyDelete