/*

18 Dec 2015

Rahsia Wajah Lelaki Aktif Terbongkar!

Holaa Holaa?

Rahsia terbongkar? Yaaaa.

Lelaki aktif kini dapat menggunakan pencuci muka DASHING untuk terus kekal hensem dan bergaya dak? Bukan wanita je kene jaga muka , lelaki pun kene untuk tidak menjengkelkan orang lain bila tengok kita. 

First impression! itu kena ingat tauu.

FYI! 
Jenama penjagaan peribadi lelaki No. 1 Malaysia, Dashing bekerjasama dengan Manchester City Football Club, pasukan paling pantas berkembang dalam liga Premier bagi menghasilkan beberapa produk dan pengalaman menakjubkan untuk semua pencinta sukan di Malaysia. 

Pencuci muka ini mempunyai 5 jenis dan mempunyai peranan masing-masing untuk mengekalkan kehenseman wajah lelaki.

pencuci muka dashing


5 JENIS PENCUCI MUKA DASHING & PERANANNYA

ICY FRESH: 
Dashing Icy Freshmengandungi Ice Glacier Water (air ais glasier) untuk kesegaran segera dan hidrasi kulit. Ia memberikan kesegaran berpanjangan dan sensasi kesejukan kepada kulit dengan melegakan haba berlebihan secara pantas. Atasi kekeringan dan kick it cool seperti David Silva.

OIL CLEAR: 
Dashing Oil Clear diformulasi dengan kandungan rahsia arang buluh yang menyingkirkan kotoran & minyak berlebihan daripada kulit menjadikan wajah bebas minyak dengan berkesan. Memberikan perlindungan terkuat daripada minyak seperti pertahanan tengah, Vincent Kompany.

EXTRA WHITE:
Dapatkan kulit putih dan serlahkan diri bak penyerang, Samir Nasri. Diformulasi bersama tumbuh-tumbuhan pergunungan Alp Switzerland, Dashing Extra White memberikan anda kulit lebih ringan, cerah & tona sekata. Ia turut dilengkapi perlindungan UV bagi mengelakkan bintik-bintik gelap.

ACNE FREE:
Tiada siapa lebih mahir menggelecek & menjaringkan gol setangkas Sergio Aguero!’ Hapuskan akne bersama Dashing Acne Free yang diformulasi istimewa dengan Zink & Lempung (tanah liat) bagi melawan akne penyebab bakteria. Ia turut menjadikan kulit licin dan sihat dari luaran sekali gus memberi pembersihan pantas kepada kulit!

WHITENING SCRUB: 
Siapa kata lelaki tidak dapat memiliki kulit berseri? Dashing Whitening Scrub diformulasi dengan garam laut yang membersih jauh ke dalam dan membantu proses pengelupasan bagi memberikan tona kulit lebih sekata. Ia membantu membuka liang pori, menyingkirkan kekotoran dan bintik hitam. Ayuh dapatkan kulit berseri seperti Kevin De Bruyne!

PENGALAMAN MENGGUNAKAN PENCUCI MUKA DASHING

Saya memilih untuk menggunakan Pencuci Muka Dashing ACNE FREE memandangkan kulit muka saya mempunyai masalah jerawat.

Saya begitu teruja untuk menggunakannya, dan keterujaan saya itu bertambah apabila setelah saya memakai produk ini, jerawat makin kecut dan terus hilang dari wajah saya ini. Memang thorrbaiklah Dashing ni.

Kesemua Pembersih Muka Dashing yang disenaraikan boleh didapati dengan harga RM6.90 untuk 50 g dan RM10.90 untuk 100 g.

MENANGI HADIAH YANG MENARIK

Jangan lupa menyertai contest menarik yang dianjurkan oleh Dashing. 11 Pemenang bertuah bakal memenangi 6 hari 5 malam fully paid trip ke Manchester, UK. Trip ini juga termasuk latihan 3 hari di City Football Academy, lawatan ke Stadium Etihad dan tiket VIP menonton perlawanan Manchester City FC dan Machester United pada 19th March 2016! Kaki bola wajib join nie.
 
Apa yang korang perlu lakukan untuk menyertai contest ini dengan hanyalah membeli mana-mana produk Dashing atau Elite dan menghantar SMS mudah seperti yang dinyatakan pada botol produk. Contest berakhir 31 Disember 2015. Lets join all!

7 Dec 2015

#OhMyKelate #03

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

"apo kaba ore kapung belakoo? sihat ko belako? gano tepat demo belako? uje uje ko? loni musim boh, jago jago lah deh. siap sedia apo hok patut."

Sebab ni entry segmen #OhMyKelate , izinkan sayo kecek kelate deh? Hahahahaha.

Pengisian entry segmen ini minggu ini tidak seperti yang minggu minggu lalu , eh aku rasa dah lama kot stop segmen ni. Wuhahahaha! Maaf lah haipp! Stop blogging jap fokus final exam yoo.

Okay dah!

Apa yang lain? Biasanya aku akan buat entry mengenai perkataan unik kelate tapi minggu ni. jeng.. jeng...

MAKANE KELATE


Sapo minak Lakso ni? Angkat kaki cepat!!!!!